Aku dengan Amirah bersahabat baik sejak kecil. Aku mempercayai dirinya dan yakin bahawa dia dapat menyimpan rahsuaku, namun telahanku silap. Amirah telah menceritakan rahsia peribadiku kepada orang lain sedangkan sebelum ini dia pernah berjanji untuk menyimpan rahsia tersebut walau berlaku apa-apa sekalipun. Betullah kata orang tua-tua bahawa kita tidak boleh menyamakan orang lain seperti diri kita, Mungkin sekarang Amirah sudah berubah. Sungguhpun beitu, tiada apa-apa yang boleh dibuat lagi. Semuanya sudah terlambat. Aku tidak mempercayainya lagi.
PERIBAHASA:
a) Bagai aur dengan tebing
b) Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut
c) Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna.