Wednesday, April 18, 2018

Membina Ayat (Praktis 1- Praktis 3 )

Praktis 1

i) seniman
   P.Ramlee merupakan seorang seniman yang hebat.

ii) budiman
     Haikal merupakan seorang pelajar yang paling budiman di sekolahnya.

iii) hartawan
      Hartawan yang meninggal itu memiliki harta sebanyak dua bilion ringgit.

iv) karyawan
      Samsul merupakan sorang karyawan yang berjaya.

v) peragawati
    Peragawati itu sedang menggayakan fesyen pakaian terbaru di atas pentas peragaan.

vi) olahragawati
     Sakinah merupakan olahragawati terhebat di sekolahnya.


Praktis 2

i) nama
   Taman perumahan itu diberi nama Taman Orkid.

ii) bernama
    Isteri Ali bernama Maimunah.

iii) ternama
     Banyak pawagam yang ternama di Kuala Lumpur telah ditutup.

iv) menamakan
     Sukri menamakan anaknya Azizah.

v) kenamaan
    Beberapa orang kenamaan telah menghadirkan diri ke majlis perkahwinan itu.

vi) penamaan
      Penamaan Syarikat Hebat secara rasminya adalah pada 16 Mei 2017.

Praktis 3

i) reda - redah

1. reda
    Setelah ribut taufan reda, pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan semua mangsa yang terlibat.

2. redah
     Hutan yang tebal itu telah kami redah setelah mengambil masa tiga hari.

ii)  paras - parau

1. paras
    Paras air laut sangat berbahaya pada masa ini.

2. parau
     Yusha tidak suka mendengar suara Wardani yang parau itu.

iii) kerat - kelat

1. kerat
    Emak membeli beberapa kerat daging di kedai runcit.

2. kelat
    Rasa pisang yang masih belum masak itu agak kelat.
      
      
      




2 comments: