Siti Aminah
binti Samsul
No.5 Jln
Penghulu,Taman Orkid,
63100 Cyberjaya,
SELANGOR.
MAJLIS PERBANDARAN KAJANG,
Menara MPKj Jalan Cempaka Putih,
Off Jalan Semenyih,
4300 Kajang, Selangor Darul Ehsan. 8 Februari 2018
ADUAN AKTIVITI TDAK SIHAT YANG BERLAKU BERHAMPIRAN DENGAN TAMAN ORKID
2. Saya ingin melaporkan bahawa terdapat satu projek perumahan
berhampiran dengan kami telah terbengkalai buat masa yang lama. Keadaan ini
telah membahayakan nyawa penduduk di taman kami dan kanak-kanak yang bermain di
sekitar situ.
3. Selain itu juga, tempat itu sekarang telah menjadi sarang penagih dadah dan tempat muda-mudi melakukan perbuatan sumbang. Aktiviti tidak sihat ini akan mempengaruhi remaja-remaja lain dan memberi kesan buruk kepada mereka.
4. Di samping itu, saya ingin mengemukakan beberapa cadangan untuk
menangani fenomena sumbang ini. Antaranya dengan membuat program di sekolah
bagi memberitahu semua pelajar mengenai keburukan aktiviti sumabng dan kesannya
pada masa hadapan. Pihak berkuasa juga boleh mengadakan acara-acara yang
berilmiah dan menarik pada setiap bulan untuk menarik minat golongan remaja dan
mengisi masa lapang mereka.
5. Keadaan di Taman Orkid ini telah memberikan pelbagai implikasi
negatif kepada penduduk kawasan. Saya
berharap agar aduan dan cadangan yang dikemukaan mendapat pertimbangan yang
sewajarnya daripada pihak tuan. Kerjasama daripada pihak tuan dalam
hal ini amat kami hargai.Yang Benar,
Aminah
( | |
SITI AMINAH BINTI SAMSUL)
Penduduk Taman Orkid,Selangor
No comments:
Post a Comment