Zainal Abidin bin
Ahmad (16 September 1895 - 23 Oktober 1973)
LATAR
BELAKANG
·
Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba) dilahirkan di
Seremban.
·
Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera
(bidang bahasa Melayu dan Arab) dari Universiti London.
·
Kerjayanya sebagai guru bahasa Melayu bermula di
English College, Johor Bahru.
·
Beliau pernah menjadi penterjemah di Maktab
Melayu Kuala Kangsar, Pejabat Pelajaran Negeri-Negeri, Maktab Perguruan Sultan
Idris di Tanjung Malim, dan Penterjemah Kanan di Pejabat Pelajaran, Kuala
Lumpur.
·
Beliau juga pernah menjadi pensyarah bahasa
Melayu di School of Oriental and African Studies di London, dan Pensyarah Kanan
di Universiti Malaya, merangkap Ketua Jabatan Pengajian Melayu di Singapura.
·
Beliau menubuhkan Pejabat Karang Mengarang di
Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) bersama-sama dengan pengetuanya, O.T.
Dussek, dan penasihat Persaudaraan Sahabat Pena (Paspam) semenjak penubuhannya
sehinggalah 1942.
·
Beliau menghasilkan beberbapa buah buku tentang
peraturan bahasa Melayu yang dijadikan rujukan utama ahli bahasa selepasnya.
·
Za’ba diberi gelaran Pendeta dalam Kongres
Bahasa dan Persuratan Melayu di Johor Bahru pada 1956, gelaran Doktor
Persuratan oleh Universiti Malaya pada 1959, Universiti Kebangsaan Malaysia
(Jun 1973). Malah beliau dianugerahi bintang Panglima Mangku Negara yang
membawa gelaran Datuk dan kemudiannya Tan Sri oleh Yang di-Pertuan Agong.
HASIL KARYA
·
(i) Ilmu Mengarang Melayu (1934)
Buku ini mengandungi 16 bab, memuatkan hal-hal mengarang,
gaya bahasa Melayu dan bukan Melayu, pemindahan bahasa, ragam bahasa,
peribahasa, puisi dan prosa, kata-kata pinjaman daripada bahasa asing, dan
loghat daerah. Buku yang diulang cetak sebanyak lima kali dalam tulisan Jawi
sehingga 1956 ini pertama kali dicetak dalam tulisan Rumi pada tahun 1962.
·
(ii) Pelita Bahasa Melayu I (1940)
Buku ini membicarakan nahu Melayu dalam tulisan Rumi.
·
(iii) Pelita Bahasa Melayu II (1940)
Buku ini membuat huraian tentang karang-mengarang bagi
peringkat rendah.
·
(iv) Pelita Bahasa Melayu III (1940)
Buku ini membuat huraian tentang karang-mengarang bagi
peringkat tinggi.
·
(v) Daftar Ejaan Melayu (1941)
Buku ini memuatkan daftar perkataan Melayu dengan ejaan Jawi
dan Rumi, serta peraturan ejaannya. Beliau juga pernah ingin menerbitkan “Kamus
Bahasa Melayu” tetapi digagalkan oleh O.T. Dussek.
Mohd Asraf bin Hj.
Abd. Wahab (11 Jun 1927 - 6 November 1999)
LATAR
BELAKANG
·
Mohd Asraf bin Hj. Abd. Wahab (Asraf) dilahirkan
di Kampung Asam Jawa, Kuala Selangor.
·
Pendidikan diperolehinya di sekolah Melayu di
kampungnya sehingga 1937, High School Klang, Batu Road School, Kuala Lumpur,
dan Victoria Institution (hingga 1949).
·
Beliau pernah menjadi pemberita dan anggota
Sidang Pengarang di Utusan Melayu, Singapura (hingga 1957), kemudian menjadi
pengarang, ketua pengarang, dan pengurus di Oxford University Press. Beliau
pernah bertugas sebagai perunding, pengurus redaksi, dan pengarah eksekutif
firma McGraw Hill Far Eastern Publisher (1973-1977), dan kemudiannya menubuhkan
syarikat penerbitan sendiri, Analekta Sdn. Bhd. (1977).
·
Asraf mengetuai Asas 50 (1953) dengan konsep
“Seni untuk Masyarakat”.
·
Beliau pernah menjadi Setiausaha Kongres Bahasa
dan Persuratan Melayu III (1956) dan panitia Lembaga Bahasa Melayu Singapura.
·
Beliau dianggap sebagai perintis kerjasama
bahasa Melayu serantau kerana mengusulkan sistem ejaan bersama
Malaysia-Indonesia dalam Kongres itu.
·
Beliau juga mengajarkan tatabahasa dan gaya
bahasa Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia dan di Kolej Tunku Abdul
Rahman.
·
Beliau dianugerahi Ijazah Sarjana Sastera
Kehormat oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (1983), dan Anugerah Tokoh Pejuang
Bahasa Sepanjang Masa oleh Persatuan Linguistik Malaysia (1997).
HASIL KARYA
· Pada awalnya beliau menumpukan perhatian kepada
penulisan karya sastera yang bercorak kreatif, rencana dan kritikan. Pada awal
1970-an, barulah beliau mengkhusus dalam bidang bahasa.
·
Beliau menghasilkan buku tatabahasa Melayu,
antaranya Mari Kita Belajar Bahasa Buku 1, Kamus Progresif (Inggeris-Melayu),
dan Bahasa Malaysia Baku KBSM. Huraiannya tentang empat pola ayat inti telah
diterima dan dilaksanakan dalam sukatan pelajaran KBSR dan KBSM.
·
Beliau turut terlibat dengan pembentukan sebutan
baku bahasa Melayu (1980-an), menjadi pakar runding di Dewan Bahasa dan
Pustaka, terlibat dengan projek Kamus Pelajar dan Kamus Inggeris-Melayu Dewan.
No comments:
Post a Comment