Asmah Haji Omar
Dato' Prof.
Dr. Hjh Asmah Hj. Omar dilahirkan di Jitra pada 5 Mac 1940 dari sebuah keluarga
yang berpendidikan tinggi. Pendidikan awal dan menengahnya bermula di Kedah.
Beliau meneruskan pengajiannya di Universitas Indonesia dan memperolehi Sarjana
Muda dan Sarjana Sastera. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajiannya hingga
mendapat Ijazah Kedoktoran dari University of London dalam bidang 'General
Linguistics'. Pada tahun 2000, Dato' Prof. Dr. Hjh Asmah menerima anugerah
gelaran Doktor Persuratan (D. Litt) dari Universiti Malaya kerana sumbangannya
yang amat besar dalam bidang kesarjanaan ilmu linguistik di Malaysia. Beliau
merupakan pakar nahu Bahasa Melayu dan
tokoh terkenal dalam bidang perancangan bahasa. Beliau juga Profesor Kerusi
Tamadun Melayu Za'ba dan Pengarah Institut Tamadun Melayu di Universiti
Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.
Sebelum itu, Asmah ialah ahli
akademik Universiti Malaya dari tahun 1963 sehingga persaraannya sebagai
Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya. Di samping itu, beliau juga pernah
menyandang jawatan Dekan Fakulti Bahasa dan Linguistik serta merupakan anggota
Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu. Asmah juga pernah mengetuai pasukan
penyelidikan untuk dua siri rancangan Jejak Bahasa, penerbitan televisyen
bersama antara Dewan Bahasa dan Pustaka dengan TV3. Kerjaya bidang penulisan,
selain daripada kerjayanya sebagai ahli akademik, Asmah juga terkenal sebagai
penulis prolifik dalam bidang tatabahasa Melayu dan perancangan bahasa Melayu.
Penyelidikan utamanya termasuk:
• huraian
bahasa-bahasa Aslian, khususnya bahasa Kentakbong (Baling, Kedah) dan bahasa
Mah Meri (Sepang, Selangor);
•
sosiolinguistik, etnolinguistik, dan linguistik sejarah Dunia Melayu.
Bagaimanapun, bidang penyelidikannya tidak terhad kepada Semenanjung Malaysia.
Asmah juga menjalankan banyak penyelidikan tentang bahasa-bahasa orang asli di
Sabah dan Sarawak. Beliau telah menerbitkan banyak makalah tentang
bahasa-bahasa tersebut tetapi dua pencapaiannya yang terutama daripada segi ini
merupakan:
• The Iban
Language of Sarawak: A Grammatical Description (Bahasa Iban Sarawak: Huraian
Kenahuan), sebuah tesis kedoktoran yang diserahkan kepada University of London
pada tahun 1969 dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1981;
dan
• The Malay
Peoples of Malaysia and Their Languages (Orang Melayu Malaysia dan
Bahasabahasanya). Antara karyanya:
• 1975:
Essays on Malaysian Linguistics
• 1976: The
Teaching of Bahasa Malaysia in the Context of National Language Planning
• 1978:
Pengajian Bahasa Malaysia dalam Konteks Perancangnan Bahasa Malaysia
• 1978:
Perancangan Bahasa dengan Rujukan Khusus kepada Perancangan Bahasa Malaysia
• 1980: Nahu
Melayu Mutakhir
• 1981: The
Iban Language of Sarawak: A Grammatical Description
• 1982:
Language and Society in Malaysia
• 1983: The
Malay peoples of Malaysia and their Languages
• 1983:
Bahasa Surat Rasmi: Bahasa Dalam Komunikasi
• 1984:
Bahasa Iklan Perniagaan: Satu Kajian Bahasa Retorik
• 1985:
Bahasa Borang: Bahasa Dalam Komunikasa
• 1985:
Bahasa Diraja
• 1986:
Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu
• 1986:
Susur Galur Bahasa Melayu
• 1987: Bahasa Malaysia Saintifik
Di samping itu, Dato' Prof. Dr. Hjh Asmah Hj. Omar telah
menghasilkan 45 buah buku akademik berkenaan linguistik yang diterbitkan oleh
Dewan Bahasa dan Pustaka, Universiti Malaya dan Akademi Pengajian Melayu
Universiti Malaya. Beliau turut menterjemah kamus Bahasa Inggeris 'Oxford
Advanced Learners Dictionary' ke dalam Bahasa Melayu yang mengambil masa lima
tahun. Beliau juga merupakan penyumbang rencana akademik tempatan dan
antarabangsa yang tidak jemu-jemu melontarkan pendapat dan interpretasinya
terhadap permasalahan ilmu linguistik.
Selain itu, beliau juga menjalankan penyelidikan secara bersendirian dan
bersama, antaranya termasuklah "University of Malaya English for Special
Purpose Project" (Universiti Malaya dan Thomas Nelson Inc.), 'CICHE ELT
308 Academic Writing and Teaching Package Project', 'University of Malaya
Spoken English Project (UMSEP) dari tahun 1980 sehingga 1983 dan Projek
'Culturally Conditioned Models of Conflict and Conflict Resolution,
Malaysia-Sweden' (University of Goteborg) dari tahun 1989 hingga tahun
1994.
Sebagai mengenang sumbangan dan
jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan Ahli Mangku Negara (A.M.N.) pada
tahun 1973, Setia DiRaja Kedah (S.D.K.) pada tahun 1979, Dato' Setia DiRaja Kedah
(D.S.D.K.) pada tahun 1983, Anugerah ASANAL pada tahun 1979, 'Orde Des Palmas
Academique Perancis' pada tahun 1989, GRATA HOME NAGEM' Institute Portugese Do
Oriente, Macau pada tahun 1990, 'Boss of The Year' dari Persatuan Setiausaha
Malaysia sessi 1992/1993, Piagam Penghargaan MABBIM Indonesia pada tahun 1993,
Sijil Penghargaan Menteri Pendidikan Malaysia kerana memperkembangkan MABIM dan
MABBIM pada tahun 1995, Anugerah Bahasa Raja Nazrin Shah Yang Pertama daripada
Persatuan Bahasa Moden pada 1996, Anugerah 'Women of The Year 1998' daripada
American Biographical Institute dan Anugerah '20th CAA Silver Medal of Honor'
daripada International Biographical Center pada tahun 1999.
No comments:
Post a Comment