Monday, July 2, 2018

Sambutan Hari Raya Kolej PERMATApintar UKM 2018

Sambutan Hari Raya di Kolej PERMATApintar telah diadakan pada 29 Jun 2018 bersamaan dengan hari Jumaat. Beberapa hari sebelum itu, semua pelajar kolej telah dimaklumkan terlebih dahulu untuk melakukan persiapan.

Pada pukul 8.45 pagi hari Jumaat, semua pelajar termasuk ASASIpintar  mula datang ke auditorium. Lebih kurang pada pukul 9.00 pagi, semua pelajar dan tetamu yang hampir mencecah 1000 orang telah duduk dan berkumpul di bawah khemah. Beberapa minit kemudian, kami semua diminta berdiri ketika ketibaan tetamu kehormat. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Saudara Fauzan.

Setelah tamat ucapan daripada Prof. Dato' Dr Noriah Mohd Ishak, Pengarah Pusat PERMATApintar Negara, semua tetamu dan pelajar dibenarkan untuk menjamu selera. Terdapat pelbagai jenis juadah yang disediakan seperti Lodeh, Lemang, Ketupat dan Rendang. Sambil menikmati hidangan yang sedap belaka, kami juga dihidangkan dengan persembahan-persembahan yang hebat dan menarik serta nyanyian lagu daripada guru-guru serta staf.

Di akhir majlis, semua tetamu yang hadir mula mengambil gambar kenang-kenangan dan mula bersurai.

No comments:

Post a Comment