Penggunaan bahasa Melayu dapat mengekalkan kesatuan masyarakat pelbagai kaum di negara ini disamping pengenalan jati diri bangsa yang unik serta memperkenalkan istilah-istilah baru yang sesuai diguna pakai menerusi rancangan-rancangan yang disiarkan atau yang diterbitkan seperti rancangan dokumentari atau majalah. Disamping itu, wartawan juga dapat membantu pertumbuhan bahasa Melayu menerusi beberapa perkara yang dibuat seperti penapisan rancangan bukan saja dilakukan terhadap aspek akhlak, politik dan agama tetapi juga bahasa terutama sari kata dan alih suara program luar.
Mereka seharusnya berganding bahu dengan kerajaan dalam memastikan pertumbuhan serta penyebaran bahasa Melayu dapat berlaku,setiap program-parogram atau aktiviti aktiviti yang diajurkan oleh kerajaan mestilah mendapat liputan yang meluas oleh wartawan dan menyalurkan maklumat-maklumat atau input-input daripada program yang dianjurkan secara terus kepada masyarakat. Kerjasama kerajaan dan wartawan dalam pertumbuhan dan penyebaran bahasa Melayu memang tidak dapat dinafikan. Pelbagai program yang dilaksanakan bagi melihat bahasa Melayu terus mendapat tempat terus dipertingkatkan. Usaha memartabatkan dapat dilakukan dengan usaha pengayaaan khazanah ilmu dan persuratan Melayu, misalnya melalui penerbitan karya sastera yang bermutu tinggi.
Seterusnya kompenan bahasa dan persuratan dalam pelbagai program terutamanya program negara yang bersifat pembinaan sahsiah di pelbagai peringkat mesti memasukkan program bahasa sebagai contohnya dalam program K3P, Program Latihan Khidmat Negara(PLKN) serta pelbagai program yang melibatkan pelbagai pihak dan golongan. Disamping itu juga menggunakan modul bahasa dalam program latihan jabatan-jabatan kerajaan, setiap jabatan kerajaan serta agensi-agensi kerajaan perlu memasukkan modul bahasa, penulisan dan persuratan dalam program kursus dalam perkhidmatan masing-masing. Inilah caranya untuk kita memartabat serta mengembangkan semula bahasa Melayu. Peranan media massa seperti Radio Klasik FM yang menganjurkan peraduan menulis pantun dan sajak bertemakan nilai-nilai murni dan budi bahasa turut menyumbang kearah penyebaran pertumbuhan bahasa Melayu yang lebih pesat. Usaha seperti ini wajar dicontohi oleh stesen radio atau stesen televisyen yang lain.
No comments:
Post a Comment