Monday, July 2, 2018

TOKOH ZAMAN BHASA MELAYU PRAMODEN: Munshi Muhammad Said


Munshi Muhammad Said 

Beliau adalah pengarang pertama akhbar Jawi Peranakan, iaitu akhbar Melayu pertama yang diterbitkan di Tanah Melayu pada tahun 1876 M. Isi kandungan akhbar ini berkaitan dengan berita dalam dan luar negeri, rencana berkenaan dengan nasihat dan juga iklan. Pada tahun 1880 M, untuk pertama kalinya terbit iklan yang berbunyi: “Hikayat Abdullah telah dicap semula oleh Asiatic Society, siapa yang berhajat memesannya boleh berhubungan dengan pihak yang berkuasa Rumah Gambar Singapura” (Annas Haji Ahmad, 1982:218-219). Sejak kemunculan akhbar ini, ia telah merintis kemunculan pelbagai surat khabar sama ada yang diterbitkan di Singapura, di Pulau Pinang mahupun di Perak. Akhbar ini melanjutkan tradisi pengaruh Arab dalam bahasa Melayu dan sedikit demi sedikit perkataan dan istilah bahasa Inggeris mula diperkenalkan. 

No comments:

Post a Comment