Syed Mahmud, Alang Ahmad dan Munshi Sulaiman
Terdapat juga tiga orang pengembang bahasa
Melayu iaitu Syed Mahmud bin Syed Abdul Kadir al-Hindi, Alang Ahmad bin
Muhammad Yunus dan Munshi Sulaiman bin Muhammad Nur. Syed Mahmud terkenal
kerana usahanya dalam menghasilkan buku ilmu pengetahuan. Beliau dilihat lebih
cenderung ke arah ilmu bahasa. Buktinya, beliau berjaya menyusun Kamus
Mahmudiyyah (1894 M ). Kamus ini kemudiannya di ulang cetak pada tahun 1925 M
di Kota Bahru, Kelantan. Walaupun karyanya sekadar saduran ataupun terjemahan
daripada bahasa Inggeris tetapi buku tersebut digunakan di sekolah Melayu pada
masa itu. Manakala Alang Ahmad dikenali dengan karya terjemahan daripada bahasa
Inggeris ke dalam bahasa Melayu yang diberi judul Hikayat Penerang Hati iaitu
hasil tulisan Aesop’s Fables. Munshi Sulaiman pula lebih menjurus ke arah karya
kumpulan bidalan dan teka-teki.
No comments:
Post a Comment