• Sultan Abu Bakar Johor (1862-1895); baginda dianggap
bertanggungjawab membawa Johor ke era moden ialah Sultan Abu Bakar. Baginda
memperkenalkan sebuah perlembagaan dan sistem pentadbiran yang cekap dan
berkesan melalui Hukum Kanun Johor yang
Johor mengandungi 66 Fasal dan mula dipraktikkan mulai dari Sultan
Mahmud hingga Sultan Sulaiman. Kanun ini memaparkan undang-undang jenayah
seperti membunuh, mencuri yang boleh berlaku di mana-mana,dan juga
undang-undang mengenai tanaman dan binatang ternakan. Terdapat fasal-fasal
khusus dalam Hukum Kanun Johor, seperti hukum mendapat gading dalam sesuatu
tanah (fasal 37), undang-undang menyinding rusa (fasal 17), orang yang
mengadakan kenduri jika mahu menjemput penghulu atau pegawai terpaksa menyertakan
sirih (fasal 49), juga peraturan protokol ketika raja berangkat. Selain itu, terdapat beberapa karya yang
mengisahkan sejarah negeri Johor semenjak kejatuhan kerajaan Melaka kepada
Portugis. Antara naskah berbentuk prosa ialah;Hikayat Negeri Johor, Sejarah
Peringatan Negeri Johor, Salasilah Melayu dan Bugis. Manakala naskah yang berbentuk puisi (syair),
antaranya Syair Perang Johor karya sastera sejarah yang menggunakan peperangan
sebagai temanya.
• Pegawai-pegawai pentadbir Johor; Pada tahun 1888, Dato’
Sri Amar Diraja Abdul Rahman bin Andak dengan kerjasama beberapa rakannya
mengasaskan Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa di Johor Bahru dengan
matlamat untuk menanam semangat belajar dan menulis bahasa Melayu di kalangan
ahlinya. Pakatan ini berjaya menerbitkan buku karya Haji Said bin Sulaiman,
Hikayat Queen Victoria (1904) dan Hikayat Johor (1908) serta karya Abdullah bin
Rahman, Matahari memancar (1906). Kegiatan Pakatan ini pernah terhenti seketika
apabila Abdul Rahman bin Andak dibersarakan pada 1909, kegiatan pakatan ini
terhenti. Tahun 1934, pakatan ini dihidupkan kembali oleh Haji Mohd. Said bin
Sulaiman dengan bantuan Dato’ Awang bin Omar, Dato’ Abdullah bin Abdul Rahman
dan Mejar Musa bin Yusof dengan nama baru, iaitu Pakatan Bahasa Melayu
Persuratan Buku Diraja Johor. Pakatan ini dinaungi oleh Duli Yang Maha Mulia
Sultan Johor.
Persatuan ini telah mengadakan kegiatan seperti menghasilkan
buku, pembentukan istilah dan mengadakan majlismajlis ceramah dan perbincangan.
Turut dihasilkan ialah karyakarya terjemahan seperti terjemahan terhadap Rubai
Omar Khayyam, antaranya untuk dideklamasi dan dibincangkan dalam
pertemuan-pertemuan anjuran persatuan dan sebagainya. Muhammad Said bin Haji
Sulaiman menghasilkan buku tatabahasa Melayu, iaitu Penokok dan penambah dalam
bahasa Melayu (1939) dan Jalan basa
Melayu (1953). Sumbangan Johor semakin
terserlah dengan kelahiran tokoh-tokoh intelektual Melayu berserta dengan hasil
karya mereka. Antaranya termasuklah Tuhfat Al-Nafis, Aturan Setia Melayu Bugis,
Syair Maharaja Abu Bakar, Sejarah Tawarikh Johor dan Perundangan Johor. Dari
segi persuratan, beberapa karya lama telah disalin semula. Antaranya ialah
Sulalat al-Salatin (Sejarah Melayu), Taj al-Salatin oleh Bokhari al-Jauhari,
Undang-undang Johor, Hikayat Johor, dan banyak lagi.
No comments:
Post a Comment