Pakatan
Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa (1888-1941)
·
Pakatan ditubuhkan di Johor Bahru yang diasaskan
oleh Abdul Rahman Andak.
·
Badan ini merupakan badan bahasa dan sastera
yang terawal di negara ini.
·
Pada 7 April 1934, pakatan ini dikenali dengan
nama Pakatan Bahasa Melayu dan Persuratan Buku-Buku Diraja, dengan tunjangan
tahunan daripada Sultan Ibrahim.
·
Tujuan penubuhannya untuk mengkaji dan
menerbitkan buku-buku bahasa, sejarah dan kebudayaan, serta menggalakkan orang
Melayu menerbitkan karya untuk memperkaya perbendaharaan sastera Melayu.
·
Pakatan ini berjaya menerbitkan majalah Peredar,
serta menerbitkan buku-buku, antaranya Jalan Basa Melayu (1937), Buku Katan
(1936-1937), Perihal Tanah Jawa (1939), dan Peribahasa (1930).
·
Pakatan turut mencipta istilah terjemahan,
antaranya “setiausaha” (secretary), “pejabat” (office) dan “kerja raya” (public
works) yang digunakan hingga sekarang.
Pejabat Karang-Mengarang (1924)
·
Pejabat Karang-Mengarang ditubuhkan di Maktab
Perguruan Sultan Idris (1922), hasil cadangan O.T. Dussek (Pengetua MPSI) dan
Zainal Abidin Ahmad (Za’ba), dengan pembiayaan oleh Negeri-negeri Selat dan
Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
·
Pejabat beroperasi sehingga 1957 sahaja apabila
peranannya diambil alih oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
·
Badan ini lebih banyak menumpukan perhatian
kepada penerbitan buku-buku sekolah Melayu dan kegiatan menterjemah buku, di
samping penerbitan buku-buku umum.
·
Sehingga 1941, Pejabat menerbitkan 85 judul buku
teks sekolah.
·
Sehingga 1957, Pejabat berjaya menerbitkan 64
judul buku terjemahan untuk perpustakaan sekolah dan bacaan umum, antaranya
cerita-cerita Sherlock Holmes, Sang Lomeri, Aladin dengan Lampu Ajaib, dan
Cerita-cerita dari Istana Alhamra. Penterjemahan dilakukan oleh Abdul Kudus
Muhammad, Abdul Rahman Yusof,Yazid Ahmad dan Ahmad Murad Nasaruddin.
Buku-buku bahasa yang diterbitkan ialah
hasil tulisan Za’ba.
Persaudaraan Sahabat Pena (Paspam) (15
April 1934)
·
Penubuhannya lebih kurang semasa dengan penubuhan
semula Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa.
·
Paspam berkembang di seluruh Tanah Melayu,
Sarawak dan Brunei.
·
Jumlah ahlinya mencecah 12,000 orang. Za’ba
menjadi penasihat badan ini dari awal sehingga terhenti pada sebaik sahaja
pendudukan Jepun di Tanah Melayu (1942).
·
Tujuan penubuhannya untuk menggalakkan
karang-mengarang dan baca-membaca dalam bahasa Melayu, meluaskan pengetahuan
sejarah, adat resam dan bahasa Melayu, dan mahu menubuhkan perpustakaan untuk
kegunaan ahli-ahlinya.
·
Paspam telah mewujudkan Lembaga Bahasa (1938)
yang berpusat di Batu Pahat yang diketuai oleh Bahanan bin Yusuf. Lembaga ini
merangka lapan tugas:
menerbitkan buku-buku adat Melayu
menerbitkan sejarah negeri-negeri Melayu
menerbitkan kamus
membeli karangan-karangan
menerbitkan almanak
menyatukan satu sistem ejaan yang tetap untuk
ahli-ahli
mencipta istilah bahasa Melayu berdasarkan
perkataan Inggeris.
·
Walaupun begitu, Paspam hanya berhasil
menerbitkan majalah bulanan, Pemberita Pejabat Paspam (1938), dan dua buah
almanak, Taman Paspam (1940 dan 1941).
·
Paspam bukan sahaja bergerak untuk kepentingan
bahasa dan kebudayaan, tetapi kemudiannya turut terlibat dengan tujuan politik.
·
Sahabat Pena (1949) tajaan Jaafar bin Haji
Muhammad (Jimmy Asmara) kemudiannya menggantikan Paspam.
Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50)
·
ASAS 50 ditubuhkan pada 6 Ogos 1950 di Singapura
dan didaftarkan pada tahun 1951.
·
Antara pengasasnya ialah Muhammad Arif Ahmad
(Mas), Kamaludin Muhammad (Keris Mas), Hamzah Hussein, Jimmy Asmara dan
Rosmera.
·
Tujuan penubuhannya untuk memperjuangkan dan
mempertinggi bahasa, kebudayaan dan kesusasteraan Melayu.
·
Ahli-ahli mempelajari dan menulis
karangan-karangan sastera, pengetahuan dan peradaban, mengadakan syarahan dan
perdebatan tentang sastera dan bahasa. Karangan ahli-ahli diberikan bayaran
yang sepatutnya dan dilindungi dari segi undang-undang.
·
Pertubuhan ini berjuang dalam bidang
kesusasteraan dengan konsep “Seni untuk Masyarakat”.
·
ASAS 50 menggubah dan membaharui
perkataan-perkataan untuk memperkaya bahasa, dan turut menjayakan Kongres
Bahasa dan Persuratan Melayu (KBPM) I (Singapura: 12 April 1952), KBPM II
(Seremban: 28 Disember 1953 – 2 Januari 1954) dan KBPM III (Universiti Malaya,
Singapura: 16 hingga 21 Disember 1958).
·
Pertubuhan ini menyokong penggunaan tulisan Rumi
sebagai tulisan bahasa Melayu moden untuk memperkembangkan kesusasteraan Melayu
dalam KBPM II, membentangkan kertas kerja tentang ejaan dalam KBPM III, dan
mencadangkan sebuah badan bahasa seperti Balai Pustaka di Indonesia, yang
kemudiannya mewujudkan Dewan Bahasa dan Pustaka di Johor Bahru (1956).
Dewan Bahasa dan
Pustaka
·
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ditubuhkan pada
22 Jun 1956 di Johor Bahru sebagai sebuah jabatan kerajaan.
·
Taraf itu ditukarkan kepada badan berkanun
apabila Parlimen meluluskan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (1959). Dengan itu,
DBP mendapat autonomi untuk menggubal dasar-dasar yang khusus, serta menyusun
pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera menurut kebijaksanaan sendiri.
·
Badan ini terletak di bawah naungan Kementerian
Pendidikan Malaysia.
·
Matlamat DBP mengikut Akta DBP 1959 adalah
untuk:
memperkembangkan dan memperkaya bahasa
kebangsaan
memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam
bahasa kebangsaan
mencetak dan menerbitkan atau membantu dalam
percetakan atau penerbitan buku, majalah, risalah dan bentuk-bentuk
kesusasteraan lain dalam bahasa kebangsaan dan bahasa-bahasa lain
menstandardisasikan ejaan dan sebutan, dan
membentuk istilah-istilah teknik yang sesuai dalam bahasa kebangsaan.
·
Perancangan dan pelaksanaan fungsi bahasa di DBP
terletak di bawah Jabatan Bahasa.
·
DBP menjalankan penyelidikan ilmiah dari segi
linguistik dan sosiolinguistik yang dijadikan input dalam pembakuan dan
pemantapan korpus bahasa, iaitu dari aspek sebutan, ejaan, istilah, tatabahasa,
laras bahasa dan gaya bahasa. Bagi aspek tatabahasa, misalnya, DBP menetapkan
Tatabahasa Dewan sebagai buku pegangan.
·
Bahagian Peristilhan bertanggungjawab membina
dan mengembangkan istilah untuk memperkaya dan memperlengkap bahasa Melayu.
·
Kerja-kerja pembinaan, penyelarasan dan
pengemaskinian istilah dilaksanakan oleh pelbagai jawatankuasa istilah.
Jawatankuasa-jawatankuasa ini dinasihati Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu
(mulai 1975). Mereka menggunakan Pedoman Pembentukan Istilah (1975) hasil
kerjasama dengan Indonesia sebagai panduan membina istilah.
·
Bank Istilah juga telah diwujudkan.
Istilah-istilah yang dibina didokumentasikan ke dalam kamus istilah dan
disebarkan dari semasa ke semasa. Pada tahun 1991, telah dicipta hampir 400,000
patah istilah yang mencakupi lebih 300 bidang ilmu.
·
DBP juga bertanggungjawab menyusun dan
menerbitkan pelbagai jenis kamus. Kamus-kamus yang diterbitkan terdiri daripada
kamus ekabahasa seperti Kamus Dewan; kamus dwibahasa seperti Kamus
Inggeris-Melayu Dewan; kamus umum pelbagai bahasa seperti Kamus Bahasa Melayu-B
ahasa Inggeris-Bahasa Cina; kamus istilah dalam pelbagai bidang sains asas,
sains kemasyarakatan, dan lain-lain lagi, contohnya Kamus Istilah Sains Am
(1988); kamus khusus seperti kamus tentang sinonim, dialek, etimologi,
ungkapan, peribahasa, dan lain-lain lagi.; glosari seperti Glosari Istilah
Sains Nuklear (1993), dan tesaurus yang meliputi tesaurus umum, tesaurus
konsep, dan tesaurus bidang khusus.
·
Sebagai badan pelaksana bahasa, DBP
bertanggungjawab melaksanakan usaha meningkatkan penguasaan, penggunaan dan
pengembangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa
pendidikan, dan bahasa budaya tinggi kepada semua sektor pengguna bahasa
Melayu.
·
Tugas dijalankan dengan mengadakan pelbagai
kegiatan penggalakan, pengawasan, khidmat nasihat serta penyebaran maklumat
bahasa baku melalui pelbagai media. Antaranya, telah dilaksanakan “Gerakan
Cintailah Bahasa Kita” untuk sektor pendidikan, awam, swasta dan masyarakat
umum di peringkat pusat dan negeri.
·
Kesimpulannya, DBP sebuah badan yang
dipertanggungjawabkan sebagai pengemudi dalam proses perancangan bahasa Melayu.
Proses yang dijalankan ialah pengekodan, pemupukan, dan penilaian