Raja Ali Haji
Raja Ali
Haji Ibni Raja Haji Ahmad atau lebih dikenali sebagai Raja Ali Haji terkenal
sebagai ulama serta sasterawan Melayu terkemuka, mempunyai latar belakang
pendidikan Arab, namun, beliau masih mengekalkan unsur bahasa Melayu
klasik yang banyak dipengaruhi oleh
perkataan Arab dan struktur bahasa Arab. Karya-karya penulisan Raja Ali
merangkumi pelbagai aspek seperti agama, bahasa, sastera, sejarah, dan
undang-undang. Antaranya ialah;
•
Bustanul-Katibin Lissubyanil-Muta’alimi atau terjemahan bahasa Melayu ialah
Kitab Perkebunan Jurutulis Bagi Kanak-Kanak Yang Hendak Menuntut Belajar Akan
Dia (1857).
• Kitab
Pengetahuan Bahasa (1858). Kitab ini dipercayai kamus ekabahasa pertama yang
disusun oleh anak watan Melayu sendiri.
• Kitab
Silasilah Melayu dan Bugis dan sekalian
RajaRajanya.
• Taufatul
Nafis atau dalam terjemahannya, iaitu Hadiah yang Bernilai.
• Syair dan
Pantun : Syair Jatuhnya Negeri Johor, Syair Gurindam Dua Belas, Syair Taman
Pertama, Syair Abdul Muluk dan Syair Hukum Nikah.
• Karya
Undang-Undang seperti Tamaral-al-Muhamed...Ahli’l-Mahkamah dan Mukaddimah fi
Intizam al-Wazaif al-Malik.
Raja Haji telah meninggalkan dua orang putera iaitu Raja Ahmad dan Raja Ja’far. Raja Ahmad (ayahanda Raja Ali Haji) adalah pangeran pertama dari Riau yang menunaikan haji (Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, 2004). Raja Ahmad sangat menyukai bidang sejarah. Salah satu karyanya yang terkemuka ialah “Syair Perang Johor” yang menceritakan tentang peperangan antara Kesultanan Johor dan Kesultanan Acheh pada abad ke-17. Selain itu, Raja Ahmad adalah orang pertama yang menyusun sebuah buku mengenai sejarah orang Bugis di daerah Melayu dan hubungannya dengan raja-raja Melayu (Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, 2004). Bakat menulis ini kemudiannya diturunkan kepada puteranya, Raja Ali Haji.
Sejak remaja lagi, Raja Ali Haji sering mengikuti ayahnya mengembara ke sejumlah wilayah termasuk ke Batavia, perjalanan perdagangan dan menunakan haji ke Tanah Suci. Pengalaman ini secara lansung memberikan ilmu pengetahuan yang cukup luas buat dirinya. Ketika berusia 20 tahun, beliau sudah memikul tanggungjawab dan tugas- tugas kenegaraan. Sehingga usianya mencecah 32 tahun, Raja Ali bersama sepupunya, Raja Ali bin Raja Ja’far, diberi kepercayaan memerintah di daerah Lingga, yang mewakili Sultan Mahmud Muzaffar Syah yang ketika itu masih muda. Selain itu, sejak belia lagi beliau sudah terkenal sebagai ulama dan sering diminta pandangan berhubung fatwanya oleh kerabat kerajaan. Pengetahuannya dalam bidang agama sangat menonjol dan dimanfaatkan untuk membimbing para guru agama di Riau pada ketika itu.
Semasa Raja Ali bin Raja Ja’far ditabalkan menjadi Yamtuan Muda pada tahun 1845, Raja Ali pula dikukuhkan sebagai Penasihat Keagamaan Negara. Beliau merupakan salah seorang di antara sasterawan yang sezaman dengan Abdullah Munsyi tetapi mempunyai latar belakang pendidikan yang berbeza. Walaupun begitu, penggunaan bahasa di antara mereka berdua cukup berbeza. Hal ini tidaklah menghairankan kerana mereka bukan sahaja memiliki latar pendidikan yang berbeza tetapi juga kerjaya dan lingkungan yang berbeza. Abdullah berpendidikan Inggeris, bekerja sebagai penterjemah bahasa Inggeris dan hidup di tengah-tengah masyarakat perdagangan di Singapura. Manakala Raja Haji pula golongan berpendidikan Arab, pendakwah dan hidup dalam lingkungan istana di Pulau Penyengat, Riau. Sumbangan beliau dalam bidang inelektual berupa sejumlah karya meliputi pelbagai bidang antaranya ialah bidang keagamaan, sastera, politik, filsafat, hukum, ketatanegaraan dan tatabahasa.
Di bidang sastera Melayu, karyanya yang berjudul Hikayat Abdul Muluk (Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, 2004) yang dibuat tahun 1846 dianggap sebagai karya sasterawan Riau yang pertama kali diterbitkan. Karya- karya Raja Ali Haji dikenal dengan sifat khusus yang selalu berakar pada syariat Islam dan juga tradisi Melayu. Karya sastera yang terkenal ialah Gurindam Dua Belas (rujuk lampiran 1) yang dihasilkan pada 1847. Gurindam yang mengandungi dua belas fasal ini menyangkut persoalan ibadah, perseorangan, kewajiban raja, kewajiban anak terhadap orang tua, tugas orang tua terhadap anak, sifat-sifat bermasyarakat dan sebagainya. Jodhi Yudhono dalam artikelnya yang bertajuk “Raja Ali Haji, Magma Sastra Melayu” ada memetik kata-kata Raja Ali Haji yang menerangkan guridam sebagai berikut: "ada pun arti gurindam itu, yaitu perkataan yang bersajak pada akhir pasangannya, tetapi sempurna perkataannya dengan satu pasangannya saja, jadilah seperti sajak yang pertama itu syarat dan sajak yang kedua itu jadi seperti jawab". Beberapa rangkap petikan gurindam tersebut seperti di bawah ini :
“Barang siapa
mengenal Yang Tersebut, tahulah ia makna takut
Barang siapa meninggalkan sembahyang, seperti rumah tiada bertiang Barang siapa meninggalkan puasa, tidaklah
mendapat dua termasa Barang siapa
meninggalkan zakat, tiadalah hartanya beroleh berkat Barang siapa meninggalkan haji, tiadalah ia
menyempurnakan janji”
Oleh kerana pengetahuan bahasa Arabnya tinggi, maka nahu Melayu yang ditulisnya itu berdasarkan bahasa Arab. Karya tersebut berjudul Bustanul katibin yang bertarikh 1850M (Li Chuan Siu, 1972: 8). Namun, Raja Masittah pula mengatakan bahawa karya ini ditulis pada 1857M (Raja Mashittah Raja Ariffin, 1990: 73). Walaupun nahu ini berdasarkan nahu Arab, namun ia dianggap karya penting kerana buku ini merupakan nahu bahasa Melayu pertama yang dikarang oleh orang Melayu. Karya lainnya yang terkenal adalah buku di bidang ketatanegaraan yang berjudul Intizam Wazaif al Malik(Peraturan Sistematis tentang Tugas-Tugas Raja). Buku yang berisi nasihat terhadap perilaku raja dan aturan pemerintahan secara Islam ini ia buat untuk memperingati wafatnya Yamtuan Muda Raja Ali bin Raja Ja'far pada tahun 1857 .
Dua tahun kemudian, Raja Ali Haji membuat karya lainnya di bidang yang sama, iaitu buku yang berjudul Samarat al-Muhimmah Difayah li al-Umara wa al-Kubara wa li ahl al-Mahkamah(Pahala dari Tugas-tugas Keagamaan bagi para Pemimpin, Pembesar, dan para Hakim). Dalam buku ini, secara tegas ia menyatakan bahwa seorang raja yang melalaikan tugasnya dan menderhakai Allah SWT, tidak dapat diterima sebagai penguasa lagi, dan kerajaannya harus diserahkan kepada orang yang lebih tepat. Di samping karya kesusasteraan dan nahu bahasa Melayu, Raja Ali Haji juga menghasilkan Kitab Pengetahuan Bahasa pada 1859M iaitu sebuah kamus bahasa Melayu. Sebenarnya, buku ini tidak dapat dianggap kamus seratus peratus kerana bahagian awal dalam buku ini membincangkan nahu bahasa Melayu secara ringkas dan sederhana. Ia lebih sesuai dikatakan sebagai ensiklopedia. Menurut R. Hamzah Yusuf (1987) pentransliterasi Kitab Pengetahuan Bahasa, walaupun tidak semua abjad yang terdapat di dalam kamus tersebut diakhiri sebahagian daripada perkataan berawalan ca ( ), چ namun buku ini disamping mengandungi erti perkataan, ia juga menyertakan penjelasan terhadap setiap perkataan termasuk huraian nahu bahasa Melayu walaupun berdasarkan kaedah bahasa Arab.
Mungkin Raja Ali Haji sangat mengagumi peribadi Imam Ghazali. Ini sangat nyata melalui karya-karyanya yang banyak menyebutkan buku Ihya Ulum ad-Din karya ulama besar tersebut. Pengaruh Al Ghazali sangat terasa dalam bagaimana Raja Ali Haji menggambarkan sosok raja yang ideal yang seharusnya bisa menahan diri dari hal- hal yang bersifat duniawi dan lebih mementingkan mengurus umat. Selain dipengaruhi pemikiran Al Ghazali, pemikiran politik Raja Ali Haji juga dipengaruhi ulama seperti Ibnu Taimiyah dan Abu al-Hasan Ali bin Muhammad Habib al-Mawardi. Buku-buku beliau lainnya adalah Silsilah Melayu dan Bugis (1859) yang mengisahkan pengalaman lima orang Bugis bersauadara yang merupakan nenek moyang Pangeran Penyengat. Dua karya di atas merupakan warisan yang sangat berharga bagi sejarah Sumatera, Kalimantan, dan Semenanjung Malaya. Buku ini juga mengisahkan peristiwa-peristiwa bersejarah yang terjadi di kawasan ini selama dua abad.
Tuhfat al-Nafis atau “Hadiah yang Berharga” ini dihasilkan pada tahun 1865. Karya yang menjurus kepada sejarah ini menceritakan tentang sejarah Kepulauan Riau- Lingga (termasuk Singapura), Siak (Sumatera Timur), Kalimantan Barat, Sulawesi Selatan dan Betawi awal abad ke-19. Gambaran yang cukup menarik dalam karya ini ialah tentang kehidupan harian di Pulau Penyengat iaitu pusat pentadbiran kerajaan. Ia juga mengisahkan sikap Yang Dipertua Muda yang berfoya-foya; Sultan Mahmud di Singapura sehingga mengabaikan pentadbiran kerajaannya di Lingga. Raja Ali Haji yang mendapat pendidikan Arab masih mengekalkan bahasa klasik yang banyak menggunakan kosa kata dan struktur bahasa Arab. Hal ini jelas sama sekali jika diteliti pada bahasa yang digunakan dalam petikan Tuhfat al-Nafis seperti “Bi-‘smi’llahi’r-rahmani’r-rahim.
"Maka pada ketika di dalam Hijrat al-Nabi salla Allahu ‘alaihi wasallam seribu dua ratus delapan puluh dua tahun dan pada tiga haribulan Syaaban yang maha besar dan berbangkitlah hatiku bahawa memperbuat kitab ini yang simpan, dan di dalamnya menyatakan silsilah dan perjalanan dan tawarikh dan segala khabar- khabar daripada kisah Raja-raja Melayu serta Bugis dan kepada segala anak-anak mereka itu. Dan aku namai akan dia ‘Tuhfat al-Nafis’ pada menyatakan kelakuan daripada Raja-raja Melayu serta Bugis. Padahal mengharapkan aku akan Allah yang mengampuni daripada tersalah pada segala tawarikh dan pada perjalanannya. Ya Tuhanku, perkenankan oleh-Mu akan pinta hamba-Mu intiha.” Dalam mengarang teks tersebut, beliau lebih cenderung dengan suku kaum Bugis. Ini adalah amat bertepatan dengan apa yang dikatakan oleh Arba’iyah Mohd Nor iaitu beliau mengatakan “ tema Tuhfat al-Nafis dikatakan lebih cenderung kepada cerita Raja-raja dan rakyat Bugis atau boleh dianggap sebagai Bugis centric (Arba’iyah Mohd Nor, 2002: 125). Beliau juga sedaya upaya menjadikan Tuhfat al-Nafis sebagai alat untuk mempertahankan kedudukan suku Bugis dalam Kesultanan Melayu terutamanya Johor.
Sememangnya tidak dapat dinafikan, kandungan teks Tuhfat al-Nafis ini lebih pro-Bugis atau cenderung kepada suku kaum Bugis. Sebaliknya memberi gamabaran yang negatif atau yang tidak baik kepada musuh-musuh kaum Bugis terutamanya Raja Kecil dan suku kaumnya di Minangkabau serta juga kaum Melayu sendiri. Apa yang lebih penting ialah penggunaan kata bahasa Melayu dalam buku tersebut. Dalam menghasilkan buku itu, Raja Ali Haji banyak menggunakan kata pangkal ayat seperti syahadan, maka, sebermula, adapun, alkisah dan pelbagai lagi. Karya Raja Ali Haji lainnya adalah buku berjudul Bustan al-Katibin li as Sibyan alMuta'allimin(Taman Para Penulis dan pencari Ilmu) yang dicetak tahun 1875. Lalu buku berjudul Kitab Pengetahuan Bahasa. Malangnya, kedua buku ini belum selesai kerana Raja Ali Haji wafat pada tahun 1870.
Kedua buku ini berisi tentang pandangan Raja Ali Haji yang menyatakan bahawa satu-satunya jalan untuk mengatasi hawa nafsu dan permasalahan adalah dengan taat kepada hukum Allah SWT yang digariskan dalam Al-Quran. Bukunya yang lain adalah Siti Sianah, Suluh Pegawai, Taman Pemrata, dan Sinar Gembala Mustika Alam. Setiap buku-buku yang dibuatnya, khususnya yang berisi nasihat, selalu disertai contohcontoh khusus yang terjadi di sekelilingnya pada masa yang sama. Jelaslah, Raja Ali Haji adalah salah seorang ilmuan yang teragung pada abad ke-19. beliau memberikan sumbangan yang penting dalam usaha memperkembang bahasa Melayu.

No comments:
Post a Comment