Monday, July 2, 2018

Sambutan Hari Raya Kolej PERMATApintar UKM 2018

Sambutan Hari Raya di Kolej PERMATApintar telah diadakan pada 29 Jun 2018 bersamaan dengan hari Jumaat. Beberapa hari sebelum itu, semua pelajar kolej telah dimaklumkan terlebih dahulu untuk melakukan persiapan.

Pada pukul 8.45 pagi hari Jumaat, semua pelajar termasuk ASASIpintar  mula datang ke auditorium. Lebih kurang pada pukul 9.00 pagi, semua pelajar dan tetamu yang hampir mencecah 1000 orang telah duduk dan berkumpul di bawah khemah. Beberapa minit kemudian, kami semua diminta berdiri ketika ketibaan tetamu kehormat. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Saudara Fauzan.

Setelah tamat ucapan daripada Prof. Dato' Dr Noriah Mohd Ishak, Pengarah Pusat PERMATApintar Negara, semua tetamu dan pelajar dibenarkan untuk menjamu selera. Terdapat pelbagai jenis juadah yang disediakan seperti Lodeh, Lemang, Ketupat dan Rendang. Sambil menikmati hidangan yang sedap belaka, kami juga dihidangkan dengan persembahan-persembahan yang hebat dan menarik serta nyanyian lagu daripada guru-guru serta staf.

Di akhir majlis, semua tetamu yang hadir mula mengambil gambar kenang-kenangan dan mula bersurai.

Bahasa dan Persuratan Melayu: Peranan Golongan Wartawan dan Media Massa

       Golongan wartawan dan media massa turut menyumbang mengembang dan menyebarkan penggunaan bahasa Melayu. Saluran media massa sama ada media cetak atau elektronik mampu mempengaruhi pertumbuhan serta penyebaran bahasa Melayu. Golongan wartawan yang mempunyai ruang yang luas untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat, secara tidak langsung dengan menggunakan bahasa Melayu yang betul dapat meningkatkan pertumbuhan bahasa Melayu. Selain daripada berperanan menyampaikan maklumat, penggunaan bahasa Melayu yang baik oleh wartawan dan semua stesen penyiaran sama ada radio ataupun televisyen, usaha ini dapat membantu usaha pemantapan bahasa kebangsaan dan rasmi negara. 
      
      Penggunaan bahasa Melayu dapat mengekalkan kesatuan masyarakat pelbagai kaum di negara ini disamping pengenalan jati diri bangsa yang unik serta memperkenalkan istilah-istilah baru yang sesuai diguna pakai menerusi rancangan-rancangan yang disiarkan atau yang diterbitkan seperti rancangan dokumentari atau majalah.  Disamping itu, wartawan juga dapat membantu pertumbuhan bahasa Melayu menerusi beberapa perkara yang dibuat seperti penapisan rancangan bukan saja dilakukan terhadap aspek akhlak, politik dan agama tetapi juga bahasa terutama sari kata dan alih suara program luar.

     Mereka seharusnya berganding bahu dengan kerajaan dalam memastikan pertumbuhan serta penyebaran bahasa Melayu dapat berlaku,setiap program-parogram atau aktiviti aktiviti yang diajurkan oleh kerajaan mestilah mendapat liputan yang meluas oleh wartawan dan menyalurkan maklumat-maklumat atau input-input daripada program yang dianjurkan secara terus kepada masyarakat.  Kerjasama kerajaan dan wartawan dalam pertumbuhan dan penyebaran bahasa Melayu memang tidak dapat dinafikan. Pelbagai program yang dilaksanakan bagi melihat bahasa Melayu terus mendapat tempat terus dipertingkatkan. Usaha memartabatkan dapat dilakukan dengan usaha pengayaaan khazanah ilmu dan persuratan Melayu, misalnya melalui penerbitan karya sastera yang bermutu tinggi. 

     Seterusnya kompenan bahasa dan persuratan dalam pelbagai program terutamanya program negara yang bersifat pembinaan sahsiah di pelbagai peringkat mesti memasukkan program bahasa sebagai contohnya dalam program K3P, Program Latihan Khidmat Negara(PLKN) serta pelbagai program yang melibatkan pelbagai pihak dan golongan. Disamping itu juga menggunakan modul bahasa dalam program latihan jabatan-jabatan kerajaan, setiap jabatan kerajaan serta agensi-agensi kerajaan perlu memasukkan modul bahasa, penulisan dan persuratan dalam program kursus dalam perkhidmatan masing-masing. Inilah caranya untuk kita memartabat serta mengembangkan semula bahasa Melayu. Peranan media massa seperti Radio Klasik FM yang menganjurkan peraduan menulis pantun dan sajak bertemakan nilai-nilai murni dan budi bahasa turut menyumbang kearah penyebaran pertumbuhan bahasa Melayu yang lebih pesat. Usaha seperti ini wajar dicontohi oleh stesen radio atau stesen televisyen yang lain.

Tokoh Bahasa Zaman Sebelum dan Selepas Merdeka: Nik Safiah Karim

Nik Safiah Karim
    Lahir pada 17 Disember 1939 di Kampong Banggol, Kota Bharu, Kelantan. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Inggeris Perempuan Kota Bahru (sekarang Sekolah Rendah Zainab), dan kemudian melanjutkan pelajaran ke Maktab Perempuan Melayu, Jalan Damansara, Kuala Lumpur  (sekarang Kolej Tunku Kurshiah, Seremban) sehingga tamat Scholl Certificate. Setelah lulus Higher School Certificate pada tahun 1959 di St.Francis Institution, Melaka, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya sehingga memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan kepujian dalam bidang Linguistik (1965). Pada tahun 1975, beliau memperolehi ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Linguistik dari Ohio University, USA. Kerjaya akademiknya bermula sebagai  tutor di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya pada tahun 1963, diikuti dengan jawatan pensyarah dan professor madya juga di Jabatan yang sama. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Professor Pengajian Melayu. 
     Pada tahun 2002, setelah bersara, beliau diberi penghormatan oleh Universiti Melayu melalui pelantikan sebagai Professor Emeritus. Dalam pentadbiran, beliau telah dilantik ke beberapa jawatan, antaranya Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial sebanyak dua kali (1982-1983 dan 1992-1994), Ketua Jabatan PengajianMelayu (19841986) dan Pengarah pertama Akademi Pengajian Melayu (1990-1992). Pada tahun 1989 hingga 1990, beliau dipinjamkan ke Dewan Bahasa dan Pustaka sebaga i Timbalan Ketua Pengarah. Beliau telah bersara wajib dari Universiti Malaya pada bulan Disember 1994 tetapi telah disambung secara kontrak dengan memegang Kursi Pengajian Melayu sehingga Disember 1999. Beliau seterusnya diiktiraf sebagai Professor Adjung sehingga akhir tahun 2000. Beliau amat aktif dalam badan-badan professional.  Nik Safiah Karim jadi pakar bahasa Melayu walaupun mendapat pendidikan Inggeris sepanjang zaman persekolahan. 
     Berbicara mengenai tokoh bahasa, Profesor Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim, tidak banyak yang perlu diulas, kerana masyarakat umum sudah tahu dirinya, kelebihan, semangatnya dalam memperjuangkan bahasa. Soal sumbangannya dalam bidang bahasa tidak perlu dipersoalkan kerana anugerah sebagai Profesor Emeritus oleh Universiti Malaya (UM) serta anugerah Pingat Emas Tun Fatimah yang disampaikan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Siti Aishah pada 2002 sudah menggambarkan segala-galanya. Jika dihitung anugerah atau pencapaian dirinya, terlalu banyak yang boleh dihuraikan, hinggakan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKKWA) mengeluarkan sebuah buku mengenai hidupnya berjudul„Nik Safiah Karim - Meniti Dua Zaman‟ hasil tulisan Nurhafilah Musa. Cuma mungkin ramai yang tidak mengetahui, tokoh wanita berusia 68 tahun ini sebenarnya tidak pernah mengikuti pengajian di sekolah Melayu dan mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu sepanjang zaman persekolahannya sehingga ke peringkat universiti. 
     Bagaimana ini boleh berlaku sedangkan beliau adalah pakar bahasa. Inilah suatu yang menarik untuk dikongsi mengenai kelebihan yang dimiliki anak bongsu daripada lima beradik dan kini bergelar nenek kepada 11 cucu. Beliau sebenarnya hidup di dua zaman, dilahirkan sebelum merdeka, membesar dan menyumbang dalam zaman selepas merdeka dan kini menikmati hidup selepas 51 tahun negara merdeka.  Pada usia kanak-kanak, beliau cukup bertuah kerana dilahirkan  dalam keluarga yang mementingkan pendidikan tanpa mengira jantina. Ketika itu, anak perempuan tidak begitu digalakkan ke sekolah dan dianggap cuma layak berada di dapur. Namun, bapanya, Abdul Karim Abdul Malek iaitu anak seorang ulama tersohor Kelantan dikenali sebagai Tok Malek Sungai Pinang yang berkahwin dengan seorang lagi anak ulama, Haji Che We ( Ismail ), Nik Mas ( Ibu Nik Safiah ) memang dikenali sebagai seorang yang mementingkan pendidikan. 
       Ketika kecil, Nik Safiah sering menghabiskan masa di rumah membaca buku koleksi bapanya dalam bahasa rumi dan jawi. Sebagai anak bongsu, beliau sering ditinggalkan abang-abangnya dan dibiarkan bermain sendirian di rumah dan buku menjadi teman hidupnya. Ringkasnya, beliau dihantar ke Sekolah Inggeris Perempuan Kerajaan (GGES) di Kota Bharu, Kelantan untuk mendapat pendidikan Inggeris pada 1948 sebelum melanjutkan pelajaran ke Kolej Perempuan Melayu (MGC), Kuala Lumpur pada 1953. Kemasukannya ke MGC adalah pilihan guru besar sekolah rendah, Miss Leicester yang memilihnya sebagai calon tunggal murid perempuan Kelantan untuk dihantar ke sana  yang ketika itu terletak di Kuala Lumpur sebelum dipindahkan ke Negeri Sembilan dan dikenali sebagai Kolej Tunku Kursiah (TKC). Sepanjang tempoh itu, bekas gurunya itu sentiasa memantau dan bertanyakan perkembangan dan kemajuannya di MGC sehingga menduduki peperiksaan Sijil Sekolah Cambridge pada 1957. Ketika di MGC, beliau mula menulis puisi dalam Bahasa Inggeris yang tersiar dalam majalah sekolah yang memperlihatkan kecenderungannya terhadap bahasa melalui penulisan. 
      Setahun kemudian, beliau melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam di St Francis Institution, Melaka sebelum menjadi guru sementara di Sekolah Inggeris Redang, Kampung Banggol. Sepanjang tempoh itu hingga melanjutkan pelajaran di UM pada 1960, beliau tidak pernah mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu tetapi mengikutikesusasteraan Inggeris. “Memang ini berlaku dalam sejarah pendidikan saya yang tak pernah ke sekolah Melayu. Ketika di Tingkatan Enam, sekolah itu tidak menyediakan mata pelajaran Bahasa Melayu. Sekolah itu hanya tawarkan mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sastera Inggeris, Ekonomi, Sejarah dan Geografi.“Apa bila masuk universiti, barulah saya mengambil kursus Pengajian Melayu tetapi saya sebenarnya mengikuti pengajian ekonomi. Pada tahun kedua dan ketiga, barulah saya membuat pengkhususan dalam Bahasa Melayu. “Memang agak pelik kerana saya cukup berminat dengan Bahasa Melayu walaupun tak pernah belajar pada peringkat sekolah. Alhamdulillah, saya boleh lulus dengan baik dan mampu menjadi pakar dalam bidang ini,” katanya. 
     Persoalannya ialah bagaimana keadaan ini boleh berlaku kerana beliau mempunyai latar belakang pendidikan Inggeris dan banyak didedahkan buku tulisan karyawan Inggeris seperti Shakespeare, Wordsworth dan Keats. Jelasnya, ketika di sekolah menengah, beliau dididik seorang guru sastera Inggeris yang sangat pandai mengajar dan pendedahan itu ditambah lagi dengan kehadiran seorang lagi guru drama Inggeris. “Cantuman guru sastera dan drama Inggeris itu dapat memupuk keupayaan mengungkap mengenai sastera dalam Bahasa Inggeris. Saya menjadi pandai melalui bahasa, apabila belajar Bahasa Inggeris, saya juga tertarik dengan Bahasa Melayu. “Mata pelajaran pengajian Melayu adalah ilmu linguistik yang amat teknikal tetapi boleh dipelajari melalui buku. Walaupun saya tidak mendapat pendedahan sebelumnya, saya anggap ia sebagai ilmu baru yang sangat menarik. “Sebab itulah saya katakan, jika hendak belajar bahasa, kena belajar sastera tanpa mengira bahasa apa pun. Saya terdedah kepada sastera Inggeris tetapi dapat belajar dan menghayati sastera Melayu. Konsepnya hampir sama dan ramai orang tidak faham mengenai halini. “Sastera ialah kelahiran buah fikiran dan perasaan melalui rasa, kalau tak pandai bahasa, kita tak boleh hasilkan bahan sastera yangba ik,” katanya. 
      Prof Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim merupakan antara tokoh dan cendekiawan tanahair yang aktif memperjuangkan kedaulatan bahasa Melayu. Dedikasi beliau yang tidak boleh dinafikan menjadikannya disegani ramai dan menjai idola kepada anak-anak muda di institusi pengajian tinggi yang mengikuti bidang linguistik dan sastera. Namun selain perjuangan lingustik ini, beliau juga gigih memperjuangan kedudukan serta kebajikan kaum wanita tanahair.  Antara sumbangan beliau dapat dilihat dari jawatan yang beliau sandang, antaranya Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial sebanyak dua kali iaitu di antara 1982 sehingga1983 dan 1992 sehingga 1994 , Ketua Jabatan Pengajian Melayu dari tahun 984 sehingga 1986 dan Pengarah pertama Akademi Pengajian Melayu dari tahun 1990 sehingga 1992.  Sementara di antara tahun 1989 hingga 1990, beliau telah dipinjamkan ke Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai Timbalan Ketua Pengarah. Di sini beliau terus menabur berbakti dalam perjuangan mengutuhkan bahasa Melayu bukan sahaja di tanahair tetapi juga di seluruh dunia. Ini dilihat dari perlantikan beliau selama 14 tahun dalam Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka dan Ahli Jawantankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM) yang mewakili Malaysia di pertemuan Majlis Bahasa Melayu Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia (MABBIM). Selain itu beliau merupakan ahli jemputan dalam Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM).  
      Kepakaran beliau telah menjadikan beliau pakar rujuk bahasa yang sering dijemput. Beliau ada memberi khidmat kepada Kementerian Pelajaran Singapura dan Kementerian Pelajaran Brunei Darussalam. Memandangkan kegigihan beliau ini maka tidaklah beliau adalah salah seorang pengasas Persatuan Linguistik Malaysia dan pernah menjadi Presiden selama 18 tahun. Kini beliau menjadi penasihat persatuan tersebut.  Dalam pergerakan wanita, menurut Prof Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim, penglibatan beliau dalam pergerakan wanita bukanlah sesuatu yang baru baginya. Kakak-kakaknya giat aktif alam pergerakan Women’s Institute (WI) di Kelantan. Walaupun beliau bukan ahli persatuan tersebut, beliau sering membantu mereka dalam kegiatan mereka. Di sini beliau mendapat pendedahan awal kepada perjuangan wanita. Beliau telah mengasaskan dua buah persatuan wanita., iaitu PERTIWI (Pertubuhan Tindakan Wanita Islam) dan Persatuan Siswazah Wanita Malaysia PERTIWI telah ditubuhkan pada 1967 sebagai sebuah pertubuhan berorientasikan projek di mana pelbagai aktiviti kemasyarakatan, keagamaan dan kebajikan berteraskan pendidikan. Program-program PERTIWI disasarkan bagi wanita dan kanak-kanak terutamanya di kawasan pendalaman. Datuk Dr Nik kini menjadi Ketua I dalam Jawatankuasa Induk. Beliau mengalu-alukan wanita muda Islam menyertai PERTIWI dan bersama PERTIWI menjalankan kerja-kerja amal mereka. Sewaktu menceritakan pengalaman bersama PERTIWI, beliau menekankan bahawa asas pendidikan merupakan teras utama perjuangan PERTIWI. 
     Pada awal 1970-an, PERTIWI telah menjalankan projek anak angkat bagi menyediakan bantuan kewangan kepada para pelajar tanpa mengira bangsa dari keluarga miskin. Pengurusan projek ini melibatkan pihak sekolah. Ini kerana kewangan yang diperuntukan akan diuruskan oleh Guru Besar sekolah bagi pelajar terpilih. Guru Besar dipertanggungjawabkan untuk membuka buku simpanan bank dan menyimpan buku tersebut bagi mengeluarkan kewangan yang perlu. Sumber kewangan diterima daripada sumbangan orang ramai dan dibahagikan mengikut purata RM40 setahun bagi pelajar di peringkat sekolah rendah dan RM60 setahun bagi pelajar di peringkat sekolah menengah. Menurut Datuk Dr Nik, antara penderma adalah Datuk Musa Hitam yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan Syarikat Kentucky Fried Chicken.  Selain itu, PERTIWI juga membawa anak-anak angkat ini ke Kuala Lumpur dalam lawatan sambil belajar serta memotivasikan anak-anak ini untuk mencapai kecemerlangan. Anak-anak angkat ini juga berkesempatan bertemu penganjur mereka. Melalui proses ini, anak-anak mengetahui bagaimana merancang pendidikan mereka di samping bercuti semasa cuti sekolah. 
      Menurut Datuk Dr Nik, situasi hari ini sudah bertukar dan kini juga sudah banyak biasiswa dan bantuan kewangan bagi anak-anak dari keluarga miskin yang dihulurkan oleh pelbagai pihak. Ini amat membantu anak-anak dari keluarga miskin untuk mendapat pendidikan.  Antara aktiviti PERTIWI yang lain adalah mengadakan klinik sehari di kawasan luar bandar bagi kawasan yang tidak mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan. Ini kerana masyarakat bertanggapan bahawa terlalu banyak masa terbuang dan amat leceh untuk pergi ke pusat kesihatan untuk menerima rawatan. Atas faktor ini dan lain-lain faktor sosial lain, rancangan klinik sehari ini diilhamkan bagi membantu mereka di kawasan pendalaman bagi menerima perhatian kesihatan. Dengan itu, Pertiwi bekerja bersama pihak Penghulu, doktor-doktor tempatan dan persatuan tempatan untuk mendapatkan tenaga kepakaran dan sukarelawan. PERTIWI bertanggungjawab mencari bantuan kewangan untuk mendapatkan bekalan perubatan dan makanan. Pihak doktor dan jururawat pula memberi perkhidmatan secara sukarela.  
      Antara peristiwa yang tidak dapat Datuk Dr Nik lupakan adalah sesuatu yang berlaku lebih lima tahun dahulu. Ketika itu seorang seorang doktor mata mendapat tahu aktiviti PERTIWI akan melibatkan kampung beliau. Beliau amat terkilan telah bersama secara sukarela dalam aktiviti tersebut. Sewaktu menjalankan klinik sehari tersebut beliau dapati bahawa ramai mempunyai masalan penglihatan samada rabun jauh maupun rabun dekat. Maka secara spontan dana dikumpulkan untuk mendapatkan kaca mata bagi penduduk desa yang memerlukan. Menurut beliau, kegembiraan yang tertera di air muka penduduk terutamanya dari golongan tua yang sebelum itu rabun dan telah boleh lihat dengan jelas tidak dapat dilupakan.  Pada tahun 1978 beliau telah dilantik ke majlis Penasihat Kebangsaan bagi Mengintegrasikan Wanita dalam Pembangunan (NACIWID), sebuah badan penasihat tertinggi bagi menasihati kerajaan tentang hal ehwal wanita. Perlantikan ini adalah setelah pulangnya beliau dari melanjutkan pendidikan di USA. Setelah penubuhan Kementerian Pembangunan Wanita (kini Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan masyarakat), nama badan tersebut telah diubah kepada Majlis Penasihat Wanita Negara. Beliau sehingga kini memegang tanggungjawab sebagai Pengerusi Majlis. Beliau juga giat dalam Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita (NCWO) dalam pelbagai aktiviti. Kini beliau merupakan pengerusi bersama Suruhanjawa Undang-undang dan Hak Asasi Manusi bersama Puan F.R. Bhupalan. Pengiktirafan dan anugerah yang diterimanya, daripada kegigihan Datuk Dr. Nik yang tidak pernah mengira penat amatlah disegani ramai. 
     Atas jasa dan sumbangannya, beliau telah diberikan anugerah dan bintang. Pada tahun 1989 beliau dikurniakan pingat Kesatria Mangku Negara (KMN). Seterusnya pada tahun 1995 beliau menerima kurniaan Johan Mangku Negara (JMN). Manakala pada tahun 1997 beliau telah dikurniakan Johan Panglima Negara (JPN) yang membawa gelaran Datuk.  Beliau juga telah menerima Anugerah Wanita Cemerlang Tan Sri Fatimah-Avon bagi kecemerlangan dalam bidang pendidikan sebagai Ibu Ilmuwan pada 1995. Kecemerlangan yang berjaya dicapai juga menjadi kebanggaan sekolah beliau. Dalam Perayaan sempena 50 Tahun Maktab Perempuan Melayu/Kolej Tunku Kurshiah pada 1997 belaiu telah dianugerahkan wanita cemerlang. Sumbangan dalam bidang bahasa juga diiktiraf dengan anugerah Tokoh Ilmuwan Bahasa dan Pingat Emas Tun Fatimah pada tahun 2001. Beliau juga juga diiktirafkan oleh pihak Universiti dengan anugerah Ijazah Kehormat Doktor Persuratan dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada 2003. Tambahan pula setelah beliau bersara, Universiti Melayu memberi penghormatan melalui pelantikan beliau sebagai Professor Emeritus pada 2002.  
     Dalam bidang penulisan, Prof Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim juga telah banyak menyumbang dalam bentuk penulisan dan penyertaan dalam persidangan samada mengenai isu wanita maupun isu bahasa. Beliau telah menghasilkan beberapa buah buku tentang pengajian wanita dan pada masa kini menjadi pensyarah sambilan di Rancangan Pengajian Gender, Universiti Malaya. Sejak kebelakangan ini, beliau telah berganding bahu bersama Dr. Rokiah Talib dalam penulisan biografi wanita tanahair. Tindakan ini amat bermakna kerana merupakan satu inisiatif wanita menulis mengenai sumbangan wanita. Beliau juga telah menghasilkan belasan buah buku dan ratusan makalah mengenai isu bahasa. Antara buku yang terkenal ialah Tatabahasa Dewan (yang ditulis bersama tiga orang ahli bahasa yang lain), Bahasa Malaysia Syntax, Beberapa persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu dan Malay Grammar for Academics and Professionals. 

Tokoh Bahasa Zaman Sebelum dan Selepas Merdeka: Asmah Haji Omar


Asmah Haji Omar 

    Dato' Prof. Dr. Hjh Asmah Hj. Omar dilahirkan di Jitra pada 5 Mac 1940 dari sebuah keluarga yang berpendidikan tinggi. Pendidikan awal dan menengahnya bermula di Kedah. Beliau meneruskan pengajiannya di Universitas Indonesia dan memperolehi Sarjana Muda dan Sarjana Sastera. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajiannya hingga mendapat Ijazah Kedoktoran dari University of London dalam bidang 'General Linguistics'. Pada tahun 2000, Dato' Prof. Dr. Hjh Asmah menerima anugerah gelaran Doktor Persuratan (D. Litt) dari Universiti Malaya kerana sumbangannya yang amat besar dalam bidang kesarjanaan ilmu linguistik di Malaysia. Beliau merupakan  pakar nahu Bahasa Melayu dan tokoh terkenal dalam bidang perancangan bahasa. Beliau juga Profesor Kerusi Tamadun Melayu Za'ba dan Pengarah Institut Tamadun Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. 
     Sebelum itu, Asmah ialah ahli akademik Universiti Malaya dari tahun 1963 sehingga persaraannya sebagai Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya. Di samping itu, beliau juga pernah menyandang jawatan Dekan Fakulti Bahasa dan Linguistik serta merupakan anggota Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu. Asmah juga pernah mengetuai pasukan penyelidikan untuk dua siri rancangan Jejak Bahasa, penerbitan televisyen bersama antara Dewan Bahasa dan Pustaka dengan TV3. Kerjaya bidang penulisan, selain daripada kerjayanya sebagai ahli akademik, Asmah juga terkenal sebagai penulis prolifik dalam bidang tatabahasa Melayu dan perancangan bahasa Melayu. Penyelidikan utamanya termasuk: 

• huraian bahasa-bahasa Aslian, khususnya bahasa Kentakbong (Baling, Kedah) dan bahasa Mah Meri (Sepang, Selangor);

• sosiolinguistik, etnolinguistik, dan linguistik sejarah Dunia Melayu. Bagaimanapun, bidang penyelidikannya tidak terhad kepada Semenanjung Malaysia. Asmah juga menjalankan banyak penyelidikan tentang bahasa-bahasa orang asli di Sabah dan Sarawak. Beliau telah menerbitkan banyak makalah tentang bahasa-bahasa tersebut tetapi dua pencapaiannya yang terutama daripada segi ini merupakan: 

• The Iban Language of Sarawak: A Grammatical Description (Bahasa Iban Sarawak: Huraian Kenahuan), sebuah tesis kedoktoran yang diserahkan kepada University of London pada tahun 1969 dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1981; dan

• The Malay Peoples of Malaysia and Their Languages (Orang Melayu Malaysia dan Bahasabahasanya). Antara karyanya:

• 1975: Essays on Malaysian Linguistics

• 1976: The Teaching of Bahasa Malaysia in the Context of National Language Planning

• 1978: Pengajian Bahasa Malaysia dalam Konteks Perancangnan Bahasa Malaysia

• 1978: Perancangan Bahasa dengan Rujukan Khusus kepada Perancangan Bahasa Malaysia

• 1980: Nahu Melayu Mutakhir

• 1981: The Iban Language of Sarawak: A Grammatical Description

• 1982: Language and Society in Malaysia

• 1983: The Malay peoples of Malaysia and their Languages

• 1983: Bahasa Surat Rasmi: Bahasa Dalam Komunikasi

• 1984: Bahasa Iklan Perniagaan: Satu Kajian Bahasa Retorik

• 1985: Bahasa Borang: Bahasa Dalam Komunikasa

• 1985: Bahasa Diraja

• 1986: Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu

• 1986: Susur Galur Bahasa Melayu

• 1987: Bahasa Malaysia Saintifik

     Di samping itu, Dato' Prof. Dr. Hjh Asmah Hj. Omar telah menghasilkan 45 buah buku akademik berkenaan linguistik yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Universiti Malaya dan Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya. Beliau turut menterjemah kamus Bahasa Inggeris 'Oxford Advanced Learners Dictionary' ke dalam Bahasa Melayu yang mengambil masa lima tahun. Beliau juga merupakan penyumbang rencana akademik tempatan dan antarabangsa yang tidak jemu-jemu melontarkan pendapat dan interpretasinya terhadap permasalahan ilmu linguistik.  Selain itu, beliau juga menjalankan penyelidikan secara bersendirian dan bersama, antaranya termasuklah "University of Malaya English for Special Purpose Project" (Universiti Malaya dan Thomas Nelson Inc.), 'CICHE ELT 308 Academic Writing and Teaching Package Project', 'University of Malaya Spoken English Project (UMSEP) dari tahun 1980 sehingga 1983 dan Projek 'Culturally Conditioned Models of Conflict and Conflict Resolution, Malaysia-Sweden' (University of Goteborg) dari tahun 1989 hingga tahun 1994.  
     Sebagai mengenang sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan Ahli Mangku Negara (A.M.N.) pada tahun 1973, Setia DiRaja Kedah (S.D.K.) pada tahun 1979, Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K.) pada tahun 1983, Anugerah ASANAL pada tahun 1979, 'Orde Des Palmas Academique Perancis' pada tahun 1989, GRATA HOME NAGEM' Institute Portugese Do Oriente, Macau pada tahun 1990, 'Boss of The Year' dari Persatuan Setiausaha Malaysia sessi 1992/1993, Piagam Penghargaan MABBIM Indonesia pada tahun 1993, Sijil Penghargaan Menteri Pendidikan Malaysia kerana memperkembangkan MABIM dan MABBIM pada tahun 1995, Anugerah Bahasa Raja Nazrin Shah Yang Pertama daripada Persatuan Bahasa Moden pada 1996, Anugerah 'Women of The Year 1998' daripada American Biographical Institute dan Anugerah '20th CAA Silver Medal of Honor' daripada International Biographical Center pada tahun 1999.


Tokoh Bahasa Zaman Sebelum dan Selepas Merdeka: Zainal Abidin Ahmad (Za'ba)


Zainal Abidin Ahmad (Za’ba)
Zainal Abidin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Za'ba dilahirkan pada tahun 1895 di Bukit Kampung Kerdas, Jempol, Kuala Pilah. Beliau terima pendidikan formal dan keagamaannya di sebuah sekolah Melayu di Linggi. Beliau menyambung pembelajarannya di Institusi St. Paul Seremban dan orang Melayu pertama lulus dengan cemerlang peperiksaan Senior Cambridge Examination. Beliau lulus peperiksaan pada 1915 dan bermula kariernya sebagai guru sekolah di Johor Bahru (1916 - 1918). Beliau kemudiannya ditukarkan ke Kolej Melayu Kuala Kangsar (1918 - 1923); Jabatan Pendidikan, Kuala Lumpur (1923); Sultan Idris Guru-guru Kolej, Tanjong Malim (1924 - 1939); Jabatan Maklumat, Singapura (1939 - 1942); Sekolah yang Oriental dan Kajian-kajian Afrika, Universiti London (1947 - 1951) dan Universiti Malaya, Singapura (1954 - 1959).  
    Za'ba mempunyai otak yang bergeliga dan minat pelbagai.Beliau memiliki bakat dalam penulisan dan adalah seorang pemikir dan pengemar membaca. Beliau pengarang prolifik sejak usia 19 tahun. Kebanyakan penulisannya muncul dalam akhbar-akhbar tempatan dan majalah-majalah seperti di Utusan Melayu; Lembaga Melayu; Pangasuh dan Pakar Majalah. Beliau telah menerbitkan beberapa monographic siri dalam Bahasa Melayu termasuk Bahasa Pelita popular Malay dan Malay Elmu Mengarang. Orang cuma mengaitkan jasa Za'ba dengan ilmu bahasa dan persuratan Melayu. Tetapi sumbangannya juga besar dalam meniup pembaharuan sikap dan pengertian dalam Islam.Di samping itu sumbangannya dalam politik tidak juga harus dilupakan. Beliau antara aktivi dan pemikir yang menghimpun pertubuhan-pertubuhan Melayu pada tahun 1946 di Kuala Lumpur untuk bersatu menubuhkan UMNO dan memperjuang kepentingan orang Melayu yang lebih adil. Beliau amat kena pada tempatnya diberi gelaran patriot dan pendeta. Za'ba yang meninggal dunia pada 1973 dan merupakan salah satu budak lelaki kampung yang berjaya meletakkan dirinya sebagai seorang yang terkemuka muncul dalam sejarah Malaysia.   

Zaman Bahasa Melayu Pramoden: Sumbangan Tokoh Barat

        Sumbangan penjajah barat atau tokoh barat dalam pertumbuhan dan penyebaran bahasa Melayu tidak dapat dinafikan. Menurut Ismail Hussein (1966), beberapa orang sarjana berbangsa Eropah seperti Hendrik Kern dan Vorn Heine-Geldern telah membuat penyiasatan tentang asal-usul bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu. Teori-teori yang mereka ramalkan itu adalah berdasarkan sisa-sisa kebudayaan tua yang ditinggalkan, misalnya kapak-kapak kuno. Beliung-segi-panjang, satu sisa daripada kebudayaan lama ini pernah dijumpai di lembah Sungai Hoang-Ho, Yangtse, Mekong, Salween, Irrawaddy dan Brahmaputra, juga didapati di seluruh Kepulauan Melayu. Kewujudan kapak-kapak ini membuktikan kewajaran asal-usul bahasa Melayu melalui jejak dan arah perjalanan dan pengembaraan orang-orang kuno itu. Kajian ini memberi makna yang besar kepada kita untuk mencari tanah asal bangsa Melayu.  

         Sumbangan penjajah barat dalam pertumbuhan dan penyebaran bahasa Melayu berlaku ketika zaman kegemilangan Eropah yang bertapak di Tanah Melayu sebagai penjajah. Dalam zaman Eropah ini, kita dapat lihat beberapa sifat tersendiri dalam perkembangan bahasa Melayu. Pada tahun 1511, Kerajaan Melayu Melaka telah jatuh ke tangan Portugis. Menurut Ismail Hussein (1966), orangorang Portugis datang ke Asia pada akhir abad kelima belas membawa dua cita-cita yang bergelora: pertama untuk memerangi Islam dan kedua untuk merompak kekayaan alam Timur, terutama sekali perniagaan rempah di Kepulauan Melayu. Apabila orang-orang Eropah menempuh Lautan Kepulauan Melayu, buat pertama kalinya, bahasa Melayu sudah mempunyai tradisi sebagai bahasa perantaraan dan bahasa pemerintah selama lebih daripada delapan abad (Ismail Hussein, 1966:36). Kerajaan Melayu Melaka memang dikenali sebagai sebuah kerajaan yang terkenal pada waktu itu. Bahasa Melayu dijadikan bahasa utama atau bahasa pengantar bagi semua urusan yang dijalankan di Melaka seperti berdagang dan urusan pentadbiran.  

         Apabila Portugis tiba di Melaka, didapati bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa yang digunakan di situ. Hal ini menyebabkan penjajah barat mempelajari dan fasih berbahasa Melayu serta telah menjadi sumber kepada pertumbuhan dan perkembangan bahasa Melayu. Terdapat pelbagai bukti yang dijumpai serta dapat membuktikan sumbangan atau tinggalan penjajah barat dalam perkembangan bahasa Melayu. Menurut Ph.S.V.Ronkel dalam Ismail Hussein (1966), bahasa Melayu ketika itu sudah mempunyai kedudukan yang luar biasa di tengah-tengah bahasa daerah Kepulauan Melayu yang demikian banyaknya. Pada tahun 1521 buat pertama kalinya, kapal orang-orang Sepanyol telah dapat ke Tidore, iaitu salah sebuah Pulau Maluku. Kapal tersebut yang diketuai oleh Magellan adalah dalam pelayarannya mengelilingi dunia. Ketika kapal “Victoria” itu berlabuh di situ, seorang daripada ketua kelasinya bernama Pigafetta turun ke darat mempelajari bahasa perdagangan yang digunakan di daerah tersebut, iaitu bahasa Melayu, dan hasilnya tersusunlah sebuah daftar kata Itali-Melayu (Ismail Hussein, 1966:36). Beliau juga dikatakan seorang berbangsa Itali dari Vicenta yang telah menyusun daftar kata Melayu-Itali dalam tahun 1522 yang diperolehi melalui pelayarannya selama tiga tahun bersama-sama Ferdinand Magellan ke Kepulauan Filipina dan Maluku sekitar tahun 1519. 

         Daftar kata Melayu sebanyak 400 perkataan merupakan kamus pertama Melayu-Itali yang diberikan nama Vocaboli De Quedti Popoli Mori.  Seorang lagi penjajah barat ialah Francois Valentyn. Velentyn merupakan seorang pendeta dan ahli sejarah berbangsa Belanda. Beliau telah menulis buku bertajuk Oud en Nieuw Oostindien II Del V pada akhir abad ke-17 dan awal abab ke-18 tentang bahasa Melayu (A.Aziz Deraman dalam Darwis Harahap dan Abdul Jalil Hj. Anuar, 2000:3). Dalam buku tersebut, dinyatakan bahawa bahasa Melayu telah terbukti berupaya bertindak sebagai alat komunikasi dan lingua franca yang penting di Melaka. Penulis enam jilidnya itu telah menerangkan tentang sejarah dan scenario kota pelabuhan di Kepulauan Melayu. Antara catatan tersebut ialah:

“Bahasa mereka, iaitu bahasa Melayu… bukan sahaja digunakan di pantai-pantai Tanah Melayu bahkan juga di seluruh India dan di negeri-negeri sebelah timur. Barang di mana-mana pun bahasa ini difahami oleh tiap-tiap orang. Bahasa ini adalah sebagai bahasa Perancis atau Latin di Eropah ataupun macam bahasa perantaraan di negeri Itali atau di Levent. Oleh kerana banyaknya bahasa ini digunakan maka seseorang yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu akan dapat difahami orang baik pun dalam negeri Parsi (Persia) ataupun Filipina.” (A.Aziz Deraman dalam Darwis Harahap dan Abdul Jalil Hj. Anuar, 2000:3).
        Catatan di atas merupakan salah satu daripada catatan tentang kemajuan dan perkembangan bahasa Melayu. Catatan tersebut juga merupakan salah satu sumbangan penjajah barat dalam pertumbuhan dan perkembangan bahasa Melayu. Minat orang barat membuat kajian terhadap bahasa Melayu turut membantu pertumbuhan dan penyebaran bahasa Melayu. Antaranya ialah Frederick de Houtman yang telah menyusun perkataan dan ayat bahasa Melayu Madagaskar. Bahan ini disusunnya semasa ia ditawan oleh pemerintah Aceh dalam tahun 1599-1602 M (Darwis Harahap, 1992:34). Menurut Darwis Harahap (1992), kamus ini pertama kali dicetak di Amsterdam pada tahun 1604 M dan dicetak semula pada tahun 1673 M. Buku ini dicetak lagi di Batavia (kini Jakarta) pada tahun 1707 M. Buku ini kemudiannya diterjemahkan oleh Gotardos Arthus pada tahun 1608 M. Buku ini dicetak untuk kali kedua pada tahun 1614 M, dan diterjemahkan pula ke dalam bahasa Inggeris oleh Augustine Spalding di London pada tahun 1624 M. Setelah beberapa pengubahsuian dan penterjemahan dilakukan ke atas kamus ini, pada tahun 1708 M seorang pengkaji Barat, Petrus Van de Worm berpendapat bahawa kamus ini merupakan kamus Melayu-Belanda yang terbaik (Darwis Harahap, 1992:34). Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa penjajah barat memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan penyebaran bahasa Melayu melalui karya-karya yang dihasilkan dengan menggunakan bahasa Melayu. 

          Orang barat juga berperanan dalam penggunaan dan penyebaran bahasa Melayu melalui kegiatan agama. Kegiatan dakwah oleh orang-orang Portugis adalah dalam memperjuangkan dan menyebarkan ajaran agama Kristian. Dalam penyebaran ajaran ini, orang-orang Portugis menentang agama Islam dan cuba menarik perhatian penduduk untuk mendalami ajaran Kristian. Persoalannya di sini, bahasa apakah yang digunakan oleh mereka dalam menyebarkan agama Kristian. Jika bahasa Portugis yang digunakan adalah mustahil mesej mereka akan difahami oleh penduduk setempat. Menurut Ismail Hussein (1966), untuk menarik penduduk asli supaya memeluk agama Kristian, SaintFrancis Xavier yang menentang Islam di Kepulauan Maluku dalam abad keenam belas, telah menuliskan keterangannya tentang kepercayaan Kristian dalam bahasa Melayu. Beliau bertindak begitu adalah kerana pendapatnya bahawa bahasa Melayu diketahui oleh semua orang. Oleh itu, jelaslah bahawa penjajah telah menggunakan bahasa Melayu dalam penyebaran agama mereka. Ini seterusnya menjurus kepada pertumbuhan dan penyebaran bahasa Melayu oleh pihak penjajah.  

           Penjajah barat juga turut menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan pemerintahan atau bahasa politik. Pihak penjajah seperti Portugis menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam segala urusan termasuk urusan pentadbiran dan politik. Oleh itu, dapat kita lihat kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan di Kepulauan Melayu. Sungguhpun orang-orang Portugis mencuba menaikkan bahasa mereka, tetapi dalam urusan pemerintahan, bahasa Melayu tetap digunakan dari timur hingga ke barat. Pada abad ke-16, raja-raja di daerah Maluku menulis surat kepada raja Portugis dengan menggunakan bahasa Melayu. Begitu juga dengan Raja Aceh dan pegawai-pegawainya yang menggunakan bahasa Melayu dalam segala hal seperti dalam surat kiriman kepada pemerintah luar, surat perjanjian atau surat kebenaran berniaga dan sebagainya (Ismail Hussein, 1966:38). Dalam hal ini, jelas bahawa pihak penjajah berperanan dalam pertumbuhan dan penyebaran bahasa Melayu. Bahasa Melayu memiliki kepentingan yang cukup dominan serta berperanan sebagai bahasa pengantar, pemerintahan dan politik semasa penjajahan barat di Kepulauan Melayu.  

            Pada abad ke-19, penjajahan Eropah ke Kepulauan Melayu semakin rancak. Di Singapura, Stamford Raffles merupakan penjajah barat yang telah melakukan pelbagai perubahan. Beliau juga merupakan seorang lagi penjajah barat yang berperanan secara tidak langsung dalam pertumbuhan dan penyebaran bahasa Melayu. Menurut Ismail Hussein (1966), Stamford Raffles mendirikan Raffles Institution di Singapura dan bercita-cita menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Di Indonesia pula, Gabenor Jeneral Rochussen telah mengelilingi Pulau Jawa pada tahun 1950. Beliau kemudiannya mengemukakan usul kepada Pemerintah Belanda untuk mendirikan sekolah-sekolah bagi bangsa bumiputera, dan mencadangkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah itu. Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa bahasa Melayu penting dalam sistem pendidikan walaupun semasa penjajahan Barat.  

           Sebagai kesimpulannya, penjajah barat bukan sahaja menjajah kepulauan Melayu, malah secara tidak langsung mereka berperanan dalam pertumbuhan dan perkembangan bahasa Melayu. Apa yang penting ialah penjajah Barat tidak menghapuskan bahasa Melayu sebaliknya telah menggunakan bahasa Melayu untuk tujuan perdagangan dan penyebaran agama Kristian.

Zaman Bahasa Melayu Pramoden: Sumbangan Johor-Riau

Sumbangan  Johor-Riau

 • Sultan Abu Bakar Johor (1862-1895); baginda dianggap bertanggungjawab membawa Johor ke era moden ialah Sultan Abu Bakar. Baginda memperkenalkan sebuah perlembagaan dan sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan melalui Hukum Kanun Johor yang  Johor mengandungi 66 Fasal dan mula dipraktikkan mulai dari Sultan Mahmud hingga Sultan Sulaiman. Kanun ini memaparkan undang-undang jenayah seperti membunuh, mencuri yang boleh berlaku di mana-mana,dan juga undang-undang mengenai tanaman dan binatang ternakan. Terdapat fasal-fasal khusus dalam Hukum Kanun Johor, seperti hukum mendapat gading dalam sesuatu tanah (fasal 37), undang-undang menyinding rusa (fasal 17), orang yang mengadakan kenduri jika mahu menjemput penghulu atau pegawai terpaksa menyertakan sirih (fasal 49), juga peraturan protokol ketika raja berangkat.  Selain itu, terdapat beberapa karya yang mengisahkan sejarah negeri Johor semenjak kejatuhan kerajaan Melaka kepada Portugis. Antara naskah berbentuk prosa ialah;Hikayat Negeri Johor, Sejarah Peringatan Negeri Johor, Salasilah Melayu dan Bugis.  Manakala naskah yang berbentuk puisi (syair), antaranya Syair Perang Johor karya sastera sejarah yang menggunakan peperangan sebagai temanya.  



• Pegawai-pegawai pentadbir Johor; Pada tahun 1888, Dato’ Sri Amar Diraja Abdul Rahman bin Andak dengan kerjasama beberapa rakannya mengasaskan Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa di Johor Bahru dengan matlamat untuk menanam semangat belajar dan menulis bahasa Melayu di kalangan ahlinya. Pakatan ini berjaya menerbitkan buku karya Haji Said bin Sulaiman, Hikayat Queen Victoria (1904) dan Hikayat Johor (1908) serta karya Abdullah bin Rahman, Matahari memancar (1906). Kegiatan Pakatan ini pernah terhenti seketika apabila Abdul Rahman bin Andak dibersarakan pada 1909, kegiatan pakatan ini terhenti. Tahun 1934, pakatan ini dihidupkan kembali oleh Haji Mohd. Said bin Sulaiman dengan bantuan Dato’ Awang bin Omar, Dato’ Abdullah bin Abdul Rahman dan Mejar Musa bin Yusof dengan nama baru, iaitu Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor. Pakatan ini dinaungi oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor. 
  Persatuan ini telah mengadakan kegiatan seperti menghasilkan buku, pembentukan istilah dan mengadakan majlismajlis ceramah dan perbincangan. Turut dihasilkan ialah karyakarya terjemahan seperti terjemahan terhadap Rubai Omar Khayyam, antaranya untuk dideklamasi dan dibincangkan dalam pertemuan-pertemuan anjuran persatuan dan sebagainya. Muhammad Said bin Haji Sulaiman menghasilkan buku tatabahasa Melayu, iaitu Penokok dan penambah dalam bahasa Melayu (1939) dan  Jalan basa Melayu (1953).  Sumbangan Johor semakin terserlah dengan kelahiran tokoh-tokoh intelektual Melayu berserta dengan hasil karya mereka. Antaranya termasuklah Tuhfat Al-Nafis, Aturan Setia Melayu Bugis, Syair Maharaja Abu Bakar, Sejarah Tawarikh Johor dan Perundangan Johor. Dari segi persuratan, beberapa karya lama telah disalin semula. Antaranya ialah Sulalat al-Salatin (Sejarah Melayu), Taj al-Salatin oleh Bokhari al-Jauhari, Undang-undang Johor, Hikayat Johor, dan banyak lagi.