Nik Safiah Karim
Lahir pada 17
Disember 1939 di Kampong Banggol, Kota Bharu, Kelantan. Beliau menerima
pendidikan awal di Sekolah Rendah Inggeris Perempuan Kota Bahru (sekarang
Sekolah Rendah Zainab), dan kemudian melanjutkan pelajaran ke Maktab Perempuan
Melayu, Jalan Damansara, Kuala Lumpur
(sekarang Kolej Tunku Kurshiah, Seremban) sehingga tamat Scholl Certificate.
Setelah lulus Higher School Certificate pada tahun 1959 di St.Francis
Institution, Melaka, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya sehingga
memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan kepujian dalam bidang Linguistik
(1965). Pada tahun 1975, beliau memperolehi ijazah Doktor Falsafah dalam bidang
Linguistik dari Ohio University, USA. Kerjaya akademiknya bermula sebagai tutor di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti
Malaya pada tahun 1963, diikuti dengan jawatan pensyarah dan professor madya
juga di Jabatan yang sama. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Professor
Pengajian Melayu.
Pada tahun 2002, setelah bersara, beliau diberi penghormatan
oleh Universiti Melayu melalui pelantikan sebagai Professor Emeritus. Dalam
pentadbiran, beliau telah dilantik ke beberapa jawatan, antaranya Dekan Fakulti
Sastera dan Sains Sosial sebanyak dua kali (1982-1983 dan 1992-1994), Ketua
Jabatan PengajianMelayu (19841986) dan Pengarah pertama Akademi Pengajian
Melayu (1990-1992). Pada tahun 1989 hingga 1990, beliau dipinjamkan ke Dewan
Bahasa dan Pustaka sebaga i Timbalan Ketua Pengarah. Beliau telah bersara wajib
dari Universiti Malaya pada bulan Disember 1994 tetapi telah disambung secara
kontrak dengan memegang Kursi Pengajian Melayu sehingga Disember 1999. Beliau
seterusnya diiktiraf sebagai Professor Adjung sehingga akhir tahun 2000. Beliau
amat aktif dalam badan-badan professional.
Nik Safiah Karim jadi pakar bahasa Melayu walaupun mendapat pendidikan
Inggeris sepanjang zaman persekolahan.
Berbicara mengenai tokoh bahasa,
Profesor Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim, tidak banyak yang perlu diulas,
kerana masyarakat umum sudah tahu dirinya, kelebihan, semangatnya dalam
memperjuangkan bahasa. Soal sumbangannya dalam bidang bahasa tidak perlu
dipersoalkan kerana anugerah sebagai Profesor Emeritus oleh Universiti Malaya
(UM) serta anugerah Pingat Emas Tun Fatimah yang disampaikan Raja Permaisuri
Agong, Tuanku Siti Aishah pada 2002 sudah menggambarkan segala-galanya. Jika
dihitung anugerah atau pencapaian dirinya, terlalu banyak yang boleh
dihuraikan, hinggakan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKKWA)
mengeluarkan sebuah buku mengenai hidupnya berjudul„Nik Safiah Karim - Meniti
Dua Zaman‟ hasil tulisan Nurhafilah Musa. Cuma mungkin ramai yang tidak mengetahui,
tokoh wanita berusia 68 tahun ini sebenarnya tidak pernah mengikuti pengajian
di sekolah Melayu dan mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu sepanjang zaman
persekolahannya sehingga ke peringkat universiti.
Bagaimana ini boleh berlaku
sedangkan beliau adalah pakar bahasa. Inilah suatu yang menarik untuk dikongsi
mengenai kelebihan yang dimiliki anak bongsu daripada lima beradik dan kini
bergelar nenek kepada 11 cucu. Beliau sebenarnya hidup di dua zaman, dilahirkan
sebelum merdeka, membesar dan menyumbang dalam zaman selepas merdeka dan kini
menikmati hidup selepas 51 tahun negara merdeka. Pada usia kanak-kanak, beliau cukup bertuah
kerana dilahirkan dalam keluarga yang
mementingkan pendidikan tanpa mengira jantina. Ketika itu, anak perempuan tidak
begitu digalakkan ke sekolah dan dianggap cuma layak berada di dapur. Namun,
bapanya, Abdul Karim Abdul Malek iaitu anak seorang ulama tersohor Kelantan
dikenali sebagai Tok Malek Sungai Pinang yang berkahwin dengan seorang lagi
anak ulama, Haji Che We ( Ismail ), Nik Mas ( Ibu Nik Safiah ) memang dikenali
sebagai seorang yang mementingkan pendidikan.
Ketika kecil, Nik Safiah sering
menghabiskan masa di rumah membaca buku koleksi bapanya dalam bahasa rumi dan
jawi. Sebagai anak bongsu, beliau sering ditinggalkan abang-abangnya dan
dibiarkan bermain sendirian di rumah dan buku menjadi teman hidupnya.
Ringkasnya, beliau dihantar ke Sekolah Inggeris Perempuan Kerajaan (GGES) di
Kota Bharu, Kelantan untuk mendapat pendidikan Inggeris pada 1948 sebelum
melanjutkan pelajaran ke Kolej Perempuan Melayu (MGC), Kuala Lumpur pada 1953.
Kemasukannya ke MGC adalah pilihan guru besar sekolah rendah, Miss Leicester
yang memilihnya sebagai calon tunggal murid perempuan Kelantan untuk dihantar
ke sana yang ketika itu terletak di
Kuala Lumpur sebelum dipindahkan ke Negeri Sembilan dan dikenali sebagai Kolej
Tunku Kursiah (TKC). Sepanjang tempoh itu, bekas gurunya itu sentiasa memantau
dan bertanyakan perkembangan dan kemajuannya di MGC sehingga menduduki
peperiksaan Sijil Sekolah Cambridge pada 1957. Ketika di MGC, beliau mula
menulis puisi dalam Bahasa Inggeris yang tersiar dalam majalah sekolah yang
memperlihatkan kecenderungannya terhadap bahasa melalui penulisan.
Setahun
kemudian, beliau melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam di St Francis
Institution, Melaka sebelum menjadi guru sementara di Sekolah Inggeris Redang,
Kampung Banggol. Sepanjang tempoh itu hingga melanjutkan pelajaran di UM pada
1960, beliau tidak pernah mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu tetapi
mengikutikesusasteraan Inggeris. “Memang ini berlaku dalam sejarah pendidikan
saya yang tak pernah ke sekolah Melayu. Ketika di Tingkatan Enam, sekolah itu
tidak menyediakan mata pelajaran Bahasa Melayu. Sekolah itu hanya tawarkan mata
pelajaran Bahasa Inggeris, Sastera Inggeris, Ekonomi, Sejarah dan Geografi.“Apa bila masuk universiti, barulah saya mengambil kursus Pengajian Melayu tetapi
saya sebenarnya mengikuti pengajian ekonomi. Pada tahun kedua dan ketiga,
barulah saya membuat pengkhususan dalam Bahasa Melayu. “Memang agak pelik kerana
saya cukup berminat dengan Bahasa Melayu walaupun tak pernah belajar pada
peringkat sekolah. Alhamdulillah, saya boleh lulus dengan baik dan mampu
menjadi pakar dalam bidang ini,” katanya.
Persoalannya ialah bagaimana keadaan
ini boleh berlaku kerana beliau mempunyai latar belakang pendidikan Inggeris
dan banyak didedahkan buku tulisan karyawan Inggeris seperti Shakespeare,
Wordsworth dan Keats. Jelasnya, ketika di sekolah menengah, beliau dididik
seorang guru sastera Inggeris yang sangat pandai mengajar dan pendedahan itu
ditambah lagi dengan kehadiran seorang lagi guru drama Inggeris. “Cantuman guru
sastera dan drama Inggeris itu dapat memupuk keupayaan mengungkap mengenai
sastera dalam Bahasa Inggeris. Saya menjadi pandai melalui bahasa, apabila
belajar Bahasa Inggeris, saya juga tertarik dengan Bahasa Melayu. “Mata
pelajaran pengajian Melayu adalah ilmu linguistik yang amat teknikal tetapi
boleh dipelajari melalui buku. Walaupun saya tidak mendapat pendedahan
sebelumnya, saya anggap ia sebagai ilmu baru yang sangat menarik. “Sebab itulah
saya katakan, jika hendak belajar bahasa, kena belajar sastera tanpa mengira
bahasa apa pun. Saya terdedah kepada sastera Inggeris tetapi dapat belajar dan
menghayati sastera Melayu. Konsepnya hampir sama dan ramai orang tidak faham
mengenai halini. “Sastera ialah kelahiran buah fikiran dan perasaan melalui
rasa, kalau tak pandai bahasa, kita tak boleh hasilkan bahan sastera yangba
ik,” katanya.
Prof Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim merupakan antara tokoh
dan cendekiawan tanahair yang aktif memperjuangkan kedaulatan bahasa Melayu.
Dedikasi beliau yang tidak boleh dinafikan menjadikannya disegani ramai dan
menjai idola kepada anak-anak muda di institusi pengajian tinggi yang mengikuti
bidang linguistik dan sastera. Namun selain perjuangan lingustik ini, beliau
juga gigih memperjuangan kedudukan serta kebajikan kaum wanita tanahair. Antara sumbangan beliau dapat dilihat dari
jawatan yang beliau sandang, antaranya Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial sebanyak
dua kali iaitu di antara 1982 sehingga1983 dan 1992 sehingga 1994 , Ketua
Jabatan Pengajian Melayu dari tahun 984 sehingga 1986 dan Pengarah pertama
Akademi Pengajian Melayu dari tahun 1990 sehingga 1992. Sementara di antara tahun 1989 hingga 1990,
beliau telah dipinjamkan ke Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai Timbalan Ketua
Pengarah. Di sini beliau terus menabur berbakti dalam perjuangan mengutuhkan
bahasa Melayu bukan sahaja di tanahair tetapi juga di seluruh dunia. Ini
dilihat dari perlantikan beliau selama 14 tahun dalam Lembaga Pengelola Dewan
Bahasa dan Pustaka dan Ahli Jawantankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM) yang
mewakili Malaysia di pertemuan Majlis Bahasa Melayu Brunei Darussalam,
Indonesia dan Malaysia (MABBIM). Selain itu beliau merupakan ahli jemputan
dalam Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM).
Kepakaran beliau telah menjadikan beliau pakar rujuk bahasa yang sering
dijemput. Beliau ada memberi khidmat kepada Kementerian Pelajaran Singapura dan
Kementerian Pelajaran Brunei Darussalam. Memandangkan kegigihan beliau ini maka
tidaklah beliau adalah salah seorang pengasas Persatuan Linguistik Malaysia dan
pernah menjadi Presiden selama 18 tahun. Kini beliau menjadi penasihat
persatuan tersebut. Dalam pergerakan
wanita, menurut Prof Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim, penglibatan beliau
dalam pergerakan wanita bukanlah sesuatu yang baru baginya. Kakak-kakaknya giat
aktif alam pergerakan Women’s Institute (WI) di Kelantan. Walaupun beliau bukan
ahli persatuan tersebut, beliau sering membantu mereka dalam kegiatan mereka.
Di sini beliau mendapat pendedahan awal kepada perjuangan wanita. Beliau telah
mengasaskan dua buah persatuan wanita., iaitu PERTIWI (Pertubuhan Tindakan
Wanita Islam) dan Persatuan Siswazah Wanita Malaysia PERTIWI telah ditubuhkan
pada 1967 sebagai sebuah pertubuhan berorientasikan projek di mana pelbagai
aktiviti kemasyarakatan, keagamaan dan kebajikan berteraskan pendidikan.
Program-program PERTIWI disasarkan bagi wanita dan kanak-kanak terutamanya di
kawasan pendalaman. Datuk Dr Nik kini menjadi Ketua I dalam Jawatankuasa Induk.
Beliau mengalu-alukan wanita muda Islam menyertai PERTIWI dan bersama PERTIWI
menjalankan kerja-kerja amal mereka. Sewaktu menceritakan pengalaman bersama
PERTIWI, beliau menekankan bahawa asas pendidikan merupakan teras utama
perjuangan PERTIWI.
Pada awal 1970-an, PERTIWI telah menjalankan projek anak
angkat bagi menyediakan bantuan kewangan kepada para pelajar tanpa mengira
bangsa dari keluarga miskin. Pengurusan projek ini melibatkan pihak sekolah.
Ini kerana kewangan yang diperuntukan akan diuruskan oleh Guru Besar sekolah
bagi pelajar terpilih. Guru Besar dipertanggungjawabkan untuk membuka buku
simpanan bank dan menyimpan buku tersebut bagi mengeluarkan kewangan yang
perlu. Sumber kewangan diterima daripada sumbangan orang ramai dan dibahagikan
mengikut purata RM40 setahun bagi pelajar di peringkat sekolah rendah dan RM60
setahun bagi pelajar di peringkat sekolah menengah. Menurut Datuk Dr Nik,
antara penderma adalah Datuk Musa Hitam yang ketika itu Timbalan Perdana
Menteri dan Syarikat Kentucky Fried Chicken.
Selain itu, PERTIWI juga membawa anak-anak angkat ini ke Kuala Lumpur
dalam lawatan sambil belajar serta memotivasikan anak-anak ini untuk mencapai kecemerlangan.
Anak-anak angkat ini juga berkesempatan bertemu penganjur mereka. Melalui
proses ini, anak-anak mengetahui bagaimana merancang pendidikan mereka di
samping bercuti semasa cuti sekolah.
Menurut Datuk Dr Nik, situasi hari ini
sudah bertukar dan kini juga sudah banyak biasiswa dan bantuan kewangan bagi
anak-anak dari keluarga miskin yang dihulurkan oleh pelbagai pihak. Ini amat
membantu anak-anak dari keluarga miskin untuk mendapat pendidikan. Antara aktiviti PERTIWI yang lain adalah
mengadakan klinik sehari di kawasan luar bandar bagi kawasan yang tidak
mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan. Ini kerana masyarakat
bertanggapan bahawa terlalu banyak masa terbuang dan amat leceh untuk pergi ke
pusat kesihatan untuk menerima rawatan. Atas faktor ini dan lain-lain faktor
sosial lain, rancangan klinik sehari ini diilhamkan bagi membantu mereka di
kawasan pendalaman bagi menerima perhatian kesihatan. Dengan itu, Pertiwi
bekerja bersama pihak Penghulu, doktor-doktor tempatan dan persatuan tempatan
untuk mendapatkan tenaga kepakaran dan sukarelawan. PERTIWI bertanggungjawab
mencari bantuan kewangan untuk mendapatkan bekalan perubatan dan makanan. Pihak
doktor dan jururawat pula memberi perkhidmatan secara sukarela.
Antara peristiwa yang tidak dapat Datuk Dr
Nik lupakan adalah sesuatu yang berlaku lebih lima tahun dahulu. Ketika itu
seorang seorang doktor mata mendapat tahu aktiviti PERTIWI akan melibatkan
kampung beliau. Beliau amat terkilan telah bersama secara sukarela dalam
aktiviti tersebut. Sewaktu menjalankan klinik sehari tersebut beliau dapati
bahawa ramai mempunyai masalan penglihatan samada rabun jauh maupun rabun
dekat. Maka secara spontan dana dikumpulkan untuk mendapatkan kaca mata bagi
penduduk desa yang memerlukan. Menurut beliau, kegembiraan yang tertera di air
muka penduduk terutamanya dari golongan tua yang sebelum itu rabun dan telah
boleh lihat dengan jelas tidak dapat dilupakan.
Pada tahun 1978 beliau telah dilantik ke majlis Penasihat Kebangsaan
bagi Mengintegrasikan Wanita dalam Pembangunan (NACIWID), sebuah badan penasihat
tertinggi bagi menasihati kerajaan tentang hal ehwal wanita. Perlantikan ini
adalah setelah pulangnya beliau dari melanjutkan pendidikan di USA. Setelah
penubuhan Kementerian Pembangunan Wanita (kini Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan masyarakat), nama badan tersebut telah diubah kepada Majlis
Penasihat Wanita Negara. Beliau sehingga kini memegang tanggungjawab sebagai
Pengerusi Majlis. Beliau juga giat dalam Majlis Kebangsaan
Pertubuhan-Pertubuhan Wanita (NCWO) dalam pelbagai aktiviti. Kini beliau
merupakan pengerusi bersama Suruhanjawa Undang-undang dan Hak Asasi Manusi
bersama Puan F.R. Bhupalan. Pengiktirafan dan anugerah yang diterimanya,
daripada kegigihan Datuk Dr. Nik yang tidak pernah mengira penat amatlah
disegani ramai.
Atas jasa dan sumbangannya, beliau telah diberikan anugerah dan
bintang. Pada tahun 1989 beliau dikurniakan pingat Kesatria Mangku Negara
(KMN). Seterusnya pada tahun 1995 beliau menerima kurniaan Johan Mangku Negara
(JMN). Manakala pada tahun 1997 beliau telah dikurniakan Johan Panglima Negara
(JPN) yang membawa gelaran Datuk. Beliau
juga telah menerima Anugerah Wanita Cemerlang Tan Sri Fatimah-Avon bagi
kecemerlangan dalam bidang pendidikan sebagai Ibu Ilmuwan pada 1995. Kecemerlangan
yang berjaya dicapai juga menjadi kebanggaan sekolah beliau. Dalam Perayaan
sempena 50 Tahun Maktab Perempuan Melayu/Kolej Tunku Kurshiah pada 1997 belaiu
telah dianugerahkan wanita cemerlang. Sumbangan dalam bidang bahasa juga
diiktiraf dengan anugerah Tokoh Ilmuwan Bahasa dan Pingat Emas Tun Fatimah pada
tahun 2001. Beliau juga juga diiktirafkan oleh pihak Universiti dengan anugerah
Ijazah Kehormat Doktor Persuratan dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada
2003. Tambahan pula setelah beliau bersara, Universiti Melayu memberi penghormatan
melalui pelantikan beliau sebagai Professor Emeritus pada 2002.
Dalam bidang penulisan, Prof Emeritus Datuk
Dr Nik Safiah Karim juga telah banyak menyumbang dalam bentuk penulisan dan
penyertaan dalam persidangan samada mengenai isu wanita maupun isu bahasa.
Beliau telah menghasilkan beberapa buah buku tentang pengajian wanita dan pada
masa kini menjadi pensyarah sambilan di Rancangan Pengajian Gender, Universiti
Malaya. Sejak kebelakangan ini, beliau telah berganding bahu bersama Dr. Rokiah
Talib dalam penulisan biografi wanita tanahair. Tindakan ini amat bermakna
kerana merupakan satu inisiatif wanita menulis mengenai sumbangan wanita.
Beliau juga telah menghasilkan belasan buah buku dan ratusan makalah mengenai
isu bahasa. Antara buku yang terkenal ialah Tatabahasa Dewan (yang ditulis
bersama tiga orang ahli bahasa yang lain), Bahasa Malaysia Syntax, Beberapa
persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu dan Malay Grammar for Academics and
Professionals.